USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KAKITANGAN USM DIMINTA BANTU OPERASI BANJIR DAN ANJUR KUTIPAN BANTU MANGSA

10892582 1017645848252987 461091693 o

 

PULAU PINANG, 26 Disember 2014 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Omar Osman menyeru seluruh warga kampus USM untuk menyertai pasukan sukarelawan membantu mangsa banjir.

Pelawaan ini terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar USM. Memandangkan pelajar akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan, keutamaan diberi kepada kakitangan untuk terlibat secara sukarela di sana.

Para sukarelawan dijangka bakal bertolak dari USM kampus induk ke kawasan yang terlibat dengan banjir di Kelantan bermula pada 31 Disember 2014 sehingga 2 Januari 2015.

Menurut Omar, sumbangan ikhlas dari warga kampus dan juga orang ramai diharapkan dapat mengurangkan beban dan tekanan yang ditanggung mangsa banjir.

“Kita akan cuba membantu sedaya yang mungkin bagi menyertai aktiviti pembersihan, edaran makanan dan minuman serta sumbangan lain untuk mereka di sana”

Di Kelantan, ramai pelajar-pelajar Sains Perubatan USM terutamanya yang turut serta membantu menguruskan mangsa-mangsa banjir sejak banjir melanda negeri itu.

USM turut menyediakan tempat penginapan sementara untuk kakitangan di kampus kesihatan yang terkandas.

"Mereka yang terlibat bolehlah menghubungi bilik-bilik Gerakan Banjir," kata Omar.

Selain itu, Naib Canselor USM terus memantau dan mengikuti pengurusan masalah banjir terutamanya yang melibatkan pelajar dan kakitangan USM bersama-sama pegawai dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM) secara berterusan.

Beliau turut melapangkan masa di bilik Gerakan Banjir 24 jam kampus induk.

USM turut bekerjasama dengan semua universiti untuk menguruskan kepulangan para pelajar menghadapi peperiksaan.

“Kita akan berusaha membantu semua yang terkesan dengan banjir yang melanda beberapa buah negeri di negara ini terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis.”

Pada masa yang sama, Penyelaras bersama aktiviti Kor Sukarelawan, Shahrizal Nazri berkata pihaknya berusaha mengumpul seberapa ramai yang boleh warga USM untuk menyertai program kesukarelawanan membantu mangsa-mangsa banjir.

“Kita akan bergerak ke Gua Musang pada 31hb ini bagi membawa barangan keperluan untuk diedarkan kepada mangsa banjir termasuklah membersihkan kawasan dan bangunan yang terkesan”

Ujar beliau, bilik gerakan akan mengumpulkan maklumat terperinci dan akan menyenaraikan tugas-tugas bersesuaian sebelum menjalankan operasi kesukarelawanan ini.

“Kepada yang ingin menyumbang barangan dan keperluan, boleh disalurkan kepada terus ke Bilik Gerakan Operasi Banjir 24 Jam bertempat di Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP), Universiti Sains Malaysia” kata Shahrizal.

Yang ingin membantu, menghulur sumbangan dan menjadi sukarelawan, boleh menghubungi Bilik Gerakan BHEPP kampus induk di talian 04-6536137, atau Bilik Gerakan Pejabat BHEPP di Kampus Kejuruteraan 04-5995530 atau 012-4378780/ 012-4460190 atau di Kampus Kesihatan, Kelantan talian 09-7671305 dan 09-7671300. Teks: Mohamad Abdullah / Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1690

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024