USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERUSKAN USAHA-USAHA KOLABORASI PACU KECEMERLANGAN

IMG 0014

PULAU PINANG, 26 Jun 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) akan terus memacu kecemerlangan universiti melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak di seluruh dunia dan memperkasakan hubungan sedia ada.

Demikian kata Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ifthaar bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas di Perkarangan Masjid Al-Malik Khalid USM.

IMG 0004gghgf

IMG 0008tjyjy

"USM akan mengukuhkan pembangunan ilmu dengan beberapa lagi peluang kerjasama antarabangsa sebagai sebahagian dari agenda masa hadapan universiti," kata Omar.

“Pusat Islam pun nampaknya telah mengambil tindakan-tindakan proaktif dalam mengimarahkan Masjid Al-Malik Khalid dalam konteks yang lebih kreatif dan inovatif, misalnya mengadakan tempat transit untuk ibu-ibu yang mengerjakan solat tarawih pada Ramadhan ini dan ‘one stop centre’ untuk orang ramai menghantar sumbangan untuk berbuka puasa,” ujarnya lagi.

IMG 0018gghg

IMG 0080fhdhh

IMG 0125dfhfdh

Pada majlis yang sama, Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan menyampaikan sumbangan kepada 10 daripada 260 orang pelajar mangsa banjir di Kelantan hujung tahun lalu.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kemudiannya menyampaikan hadiah kepada para pemenang The 6th USM International Postgraduate Al-Quran Memorization & Recitation Competition yang dianjurkan oleh USM Post Graduate Student Association dan Pejabat Antarabangsa.The 6th USM International Postgraduate Al-Quran Memorization & Recitation Competition disertai oleh para pelajar ijazah tinggi universiti awam antarabangsa di negara ini menobatkan Fadi Al-Batsh dari Universiti Malaya (UM) bagi kategori Hafazan dan diikuti oleh Mohamed Habashy dari USM di tempat kedua manakala Fahad Usman juga dari USM bagi tempat ketiga.

IMG 0140ggng

IMG 0232ngngn

Bagi kategori Tilawah Al-Quran pula, tempat pertama disandang oleh Saleh Rafi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), manakala tempat kedua menjadi milik Mohammed Atta dari USM dan Zakaria Noor AlDeen juga dari USM.

IMG 0256

IMG 0263

IMG 0268

Hadir sama ialah isteri Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Shariff; ahli-ahli Lembaga Gabenor Universiti; Timbalan-timbalan Naib Canselor dan isteri. - Teks: Siti Naquiah Abdillah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1380

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024