USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR SERU PENTADBIR LEBIH PRODUKTIF

DSC 0065

PULAU PINANG, 21 Januari 2015 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman menyeru agar para pentadbir bekerja keras dan lebih produktif dalam menjalankan tanggungjawab yang ada.

“Hanya dengan keupayaan meningkatkan kecekapan dan lebih produktif kita akan dapat membantu universiti dalam menghadapi apa jua cabaran yang ada pada masa ini dan masa hadapan,” kata Omar dalam perutusannya kepada kira-kira 2,000 orang warga USM hari ini.

Menurut Naib Canselor, sasaran pengurusan kejat dan sumber manusia kejat telah mula dilaksanakan dalam 2014 termasuklah menguruskan naziran perjawatan, mentransformasi kerja dengan mengurangkan proses serta menggunakan teknologi yang lebih maju untuk semua kategori staf dan kaedah pengurusan dan operasi telah dilaksanakan dan kini jumlah kakitangan yang berkelayakan lebih tinggi semakin meningkat manakala pensyarah yang mempunyai dan menjadi penyelidik utama kini melebihi 71%.

lhyiu

Pada tahun 2014, seramai 1,239 staf akademik mempunyai Ph.D berbanding dengan 1,185 pada tahun sebelumnya. Manakala dalam kalangan kakitangan pengurusan dan profesional bilangan mereka yang mempunyai kelayakan sehingga peringkat Ph.D juga telah bertambah manakala dalam kalangan staf pelaksana mempunyai seramai 179 orang ijazah pertama dan 15 orang ijazah sarjana melalui pelbagai kaedah pengajian seperti jarak jauh. Sepanjang 2014 juga, USM telah memberi latihan kepada lebih 9,669 orang kakitangannya.

Tambah Naib Canselor, kejayaan tadbir urus di USM amatlah membanggakan termasuklah pengukuhan governan dan pengurusan Hospital USM, penubuhan Yayasan USM, Dashboard Scorecard USM, penubuhan Majlis Sumber Manusia Universiti, penubuhan Majlis Penyelidikan Universiti, penubuhan Majlis Kelestarian Universiti, penubuhan Majlis Keselamatan Universiti, pelaksanaan Integriti Pact Dalam Semua Hal Berkaitan Kewangan Universiti, penubuhan Unit Integriti Universiti Serta Pelaksanaan Jawatankuasa Tadbir Urus & Integriti Universiti (Jitu) menggantikan JKTU, pemuktamadan Penggubalan 15 Statut Baru (Yang Berkaitan Governan) Universiti, penggubalan Gift & Endowment Policy serta Wakaf USM, penggubalan Kaedah Tatatertib Pelajar yang baru serta pengumpulan semua Dasar, Polisi Dan Garis Panduan Universiti yang pernah diluluskan oleh pihak berkuasa Universiti.

Sementara itu USM turut menekankan kepada usaha Kelestarian Kewangan dengan pengenalan Outcome Based Budgeting (OBB)/Belanjawan Berorientasikan Outcome merupakan pengurusan prestasi sektor awam yang bertujuan menentukan program/aktiviti mencapai objektif dipersetujui, program/aktiviti menghasilkan outcome yang diharapkan, outcome program/aktiviti memenuhi keperluan pelanggan dan pemegang taruh serta opsyen dan alternatif dasar terbaik digunakan.

Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1479

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024