USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BERSUNGGUH-SUNGGUH BANTU KOMUNITI

DSC 0172

PULAU PINANG, 22 Januari 2015 - Perutusan Naib Canselor semalam memperlihatkan kesungguhan USM berkerjasama dengan komuniti dalam mentransformasi pelbagai kumpulan yang memerlukan perhatian dan bantuan. Ini akan menjelaskan peranan universiti melalui kepakaran yang ada dalam proses pembangunan komuniti dan negara.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Profesor Dato’ Dr. Susie See Ching Mey mengulas usaha yang dilakukan tersebut.

“BJIM sebagai pelaksana agenda Libatsama Komuniti APEX akan menggerakkan usaha-usaha dan projek-projek yang berpremiskan kepada 5 elemen iaitu mencari penyelesaian  atau menambahbaik status sosio-kesihatan-ekonomi komuniti, impak tinggi, kesukarelawan, kos rendah dan kelestarian,” kata Susie See.

Tambahnya lagi, melalui program USM Prihatin yang menekankan pemindahan ilmu dan pembangunan lestari pihaknya akan memberi impetus besar kepada pembangunan negara malah bersedia pula untuk berkongsi pengalaman setelah kejayaan menubuhkan jaringan global seperti  Asia Pacific  University-Community Engagement (APUCEN) yang mempunyai 72 ahli institusi daripada 16 negara untuk berkolaborasi demi pembangunan Asia Pasifik.

“Sebagai sebuah Universiti APEX, usaha ke arah menjadikan 'scholarly-engaged institution' ditunjukkan dengan penyediaan platform journal antarabangsa dan International  University-Community Engagement Conference yang pada tahun ini akan diadakan di Australia (kerja sama dengan sebuah institusi pendidikan tinggi di Australia).

Dalam perutusannya kepada kakitangan USM semalam, Naib Canselor Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata yang USM akan memfokuskan kepada  transformasi  melalui pelebaran berfokus libat sama komuniti dengan mengubah atau menambah peranan dalam pembangunan masyarakat melalui keupayaan menjadi penghubung kepada pasaran, kerajaan dan masyarakat sivil dan melakukan transformasi menyeluruh libat sama komuniti dengan masyarakat luar untuk membantu universiti bergerak dengan lebih hebat melalui peranan dalam bidang ketiganya selepas akademik dan penyelidikan.

Antara program yang dikenal pasti ialah USM Prihatin, Komuniti Terpinggir (Marginalized Community), Pendidikan untuk Golongan Terendah (Education for Underpriviledged), Lifelong Service for OKU - USM OKU Policy; Inclusive Education (PRINCE); School in Hospital; Universal Design; SOS OKU; OKU Multi-disciplinary Assessment, Program Pelancongan Kampus (Visit My Campus Programmes) dan Program Leverage on Academic and Research Commodity.

Bilangan projek libatsama komuniti yang dilaksanakan oleh USM melalui BJIM kini  ialah melalui  APUCEN dengan 47 ahli, 317 kolaborasi libat sama komuniti peringkat nasional dan antarabangsa serta 237 projek peringkat nasional dan antarabangsa. - Teks: Mohamad bin Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1620

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024