USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TONGGAK APEX FASA II SEJAJAR DENGAN PPPM

DSC 0079

PULAU PINANG, 23 JANUARI 2015 – Tujuh tonggak Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) Universiti Sains Malaysia (USM) adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

USM mewujudkan tujuh tonggak utama dalam APEX Fasa II merangkumi Penyelidikan APEX dan Inovasi, Kepimpinan APEX dan Program Pembangunan Negara, Perkongsian APEX  serta Pengembangan APEX dan Posisi yang sejajar dengan PPPM iaitu Kecemerlangan Bakat Pendidikan Tinggi, Penyampaian Pendidikan Tinggi yang Ditransformasi dan Graduan Holistik, Keusahawanan &Seimbang.

DSC 0093

“Bagi Kampus Kejuruteraan, bidang keusahawanan harus dipertingkatkan dalam kalangan pensyarah dan juga pasca siswazah serta integrasi di antara bidang kejuruteraan dengan sastera yang agak berkurangan,” ujar Naib Canselor USM Profesor dato’ Dr Omar Osman ketika menyampaikan perutusan tahunan Bersama-sama untuk Kecemerlangan Universiti (BUKU 2015) di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal.

Seramai lebih kurang 1000 orang staf membanjiri dua buah auditorium bagi mendengar amanat dan juga perutusan tersebut yang menggariskan 115 hasilan kecemerlangan melalui lima strategi pacuan kecemerlangan dan 25 tindakan pacuan kecemerlangan.

DSC 0135fg

Turut diadakan adalah penyampaian sijil penghargaan kepada sukarelawan yang membantu dalam Operasi Pasca Banjir di Kelantan dan Pahang baru-baru ini.

Antara yang hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato’ Dr Muhamad Jantan, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dato’ Dr See Ching Mey dan Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1410

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024