USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERLUAS KOLABORASI DENGAN IRAQ

DSC 0013j

PULAU PINANG, 30 Januari 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) memperluas kolaborasi dengan rakan strategik dari negara Iraq, Ishik University (IU) melalui satu memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai di sini, hari ini.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, kerjasama antarabangsa itu menjadi kesinambungan kepada usaha yang telah sedia dijalin sejak 2011, khususnya dalam memperkasakan bidang akademik dan penyelidikan.

DSC 0042h

Katanya, USM dan IU telah pun menjayakan beberapa usahasama melalui Pusat Pengajian Sains Komputer termasuk dalam Research University Cluster (RUC) Grant dengan tajuk “Reconstruction of The Neural Microcircuity for Reward Controlled Learning in the Rat Hippocampus.

``USM dan IU juga bekerjasama menyelia pelajar-pelajar di peringkat ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan ia akan dikembangkan ke peringkat sarjana dalam masa terdekat melalui perluasan kolaborasi ini,’’ katanya ketika sidang media selepas manandatangan MoU itu di sini.

IU diwakili oleh Rektornya, Profesor Dr. Ahmet Oztas. Turut hadir ke majlis tersebut ialah pegawai-pegawai utama kedua-dua universiti termasuk timbalan naib canselor, pendaftar, dekan- dekan dan sebagainya.

DSC 0053a

Omar juga berkata, USM amat mengalu-alukan kerjasama dengan institusi-institusi luar negara yang komited dalam memacu bidang pengajian tinggi selain menggalakkan pertukaran idea dalam pelbagai bidang.

``Dengan IU misalnya, USM akan meneroka peluang kolaborasi khasnya dalam menerbitkan penerbitan ilmiah berimpak tinggi, penyelidikan dan mungkin juga melihat potensi pengembangan modal insan berkemahiran tinggi.

DSC 0058a

``USM juga menggalakkan IU untuk menghantar lebih ramai pelajar ijazah tinggi bagi mengikuti pengajian di USM dan sekaligus mengintai peluang untuk melakukan penyelidikan-penyelidikan yang memberi impak besar kepada komuniti dan bidang ilmu amnya,’’ ujar beliau.

Dalam pada itu, Ahmet Oztaz pula menegaskan, IU mengambil peluang keemasan untuk memperluas kolaborasi dengan institusi luar negara seperti USM dan berharap penandatanganan MoU tersebut dapat menjadi batu loncatan untuk kerjasama lebih luas.

``Secara relatifnya, IU adalah sebuah universiti yang agak baru namun sedang berkembang pesat dan semakin dikenali. Kerjasama dengan USM dilihat sebagai salah satu matlamat IU untuk mengukuhkan peranannya sebagai gedung ilmu.

DSC 0078gh

``IU dan USM akan terus bekerjasama khususnya dalam menjayakan pertukaran staf dan pelajar, selain melihat peluang untuk menganjurkan persidangan dan bengkel khas dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada pembangunan kedua-dua institusi,’’ ujar beliau. Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

 

http://usmtv.usm.my/index.php/news/player/2014/majlis-penandatanganan-mou-di-antara-usm-%E2%80%93-ishik-university-iraq

 

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1338

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024