USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERANAN LAKI-LAKI DAN BAPA PENTING UNTUK PERKUKUH INSTITUSI KELUARGA

1794771 10206853522280989 6484345566121691825 n

KOTA BHARU, 14 Jun 2015 - Peranan laki-laki dan bapa penting dalam mengukuhkan institusi keluarga agar dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan negara yang mapan sejajar dengan objektif sambutan hari bapa iaitu memperkukuhkan ikatan kekeluargaan antara bapa dengan ahli keluarga melalui aktiviti ceria bersama keluarga.

11224837 10206853522040983 618463081178927372 n

Demikian kata Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Profesor Madya Siti Hawa Binti Ali semasa merasmikan Sambutan Hari Bapa yang diadakan di Dewan Misai Kucing, Pusat Transformasi Luar Bandar, Bandar Baru Tunjung, Kelantan yang disertai oleh 150 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan.

Timbalan Dekan Akademik, Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail pula berkata kesihatan dalaman lelaki terutamanya golongan bapa turut menjadi faktor penyumbang keutuhan kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Rentetan daripada perkara ini, golongan bapa perlu cakna dalam menjaga kesihatan dalaman mereka dengan merujuk kepada pakar sakit tuan.

11401041 10206853521640973 7980826303353800707 n

Tambah Shaiful Bahari lagi, 70 peratus daripada pengidap diabetes mengalami masalah sakit tuan seperti mati pucuk, lemah tenaga batin dan pancutan pra-matang.

Pengukuhan institusi kekeluargaan melalui peranan golongan bapa penting bagi mengatasi penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda khususnya di negeri ini.

Penceramah Motivasi terkenal di Kelantan Haji Nik Muhammad Nik Lib yang juga selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh berkata, langkah ini penting bagi melahirkan generasi muda yang tidak mudah terpengaruh dengan gejala berkenaan.

Hadir sama ialah Pengarah LPPKN Negeri Kelantan, Puan Haslida Abdul Halim. - Teks: Abdul Aziz Latif/Foto: Mohamad Hairol Rasli

  • Created on .
  • Hits: 895

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024