USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN - NC

exam2105

PULAU PINANG, 11 Jun 2015 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr Omar Osman mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2014/2015 kepada semua pelajar USM yang bermula 9 Jun.

“Selamat maju jaya kepada pelajar USM dan saya berharap semua dapat menjalankan tanggungjawab dalam pelajaran dengan sebaik-baiknya,” ujar Omar.

“Bagi pelajar yang akan bergraduasi, saya berharap supaya semua pelajar dapat memilih kerjaya yang bersesuaian serta terus berbakti kepada negara, nusa dan bangsa,” tambah Naib Canselor.

Peperiksaan Semester Kedua akan berlangsung sehingga 26 Jun dan kemudian para pelajar akan mula bercuti panjang antara semester sehingga 4 September sebelum memasuki semester baharu 2015/2016.

http://usmtv.usm.my/index.php/component/contushdvideoshare/player/2015/utusan-khas-vc-selamat-menduduki-peperiksaan

 

  • Created on .
  • Hits: 879

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024