USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KP KELANTAN LANCAR BUKU TERBITAN USM - PENCEGAHAN JENAYAH

11205593 10206794425283601 6611384856714782603 n
KOTA BHARU, KELANTAN, 6 Jun 2015 - Ketua Polis Negeri Kelantan YDH DCP Dato' Mazlan Mat Lazim melancarkan buku berjudul '111 Tips Mencegah Jenayah' dan 'Jenayah, Penjenayah dan Mangsa Jenayah 100 Mitos dan Fakta' hasil penyelidikan pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dengan kerjasama Polis Kelantan.
Berucap pada majlis perasmian karnival United Against Crime : Bersama Mencegah Jenayah, di Pusat Trasformasi Bandar Tunjung Kota Bharu, beliau yakin kedua-dua buah buku itu akan memberi manfaat kepada masyarakat dan mampu memberikan penerangan yang jelas berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam serta dapat memberi pelbagai tips pencegahan jenayah.
Ujar Mazlan lagi, kerjasama di antara pihak Polis bersama institusi pengajian tinggi akan dapat memberikan impak positif dalam usaha menangani jenayah.
11393248 10206794425523607 4817414968898000321 n
"Ini kerana hasil kajian ahli akademik seperti kajian psikologi dalam kalangan penjenayah dan mangsa jenayah akan memberikan pelbagai maklumat tambahan kepada pihak Polis dalam mengaplikasikan kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh ahli akademik untuk mengatasi jenayah di negara kita,"kata Mazlan.
Tambahnya,  kerjasama seperti ini juga berketepatan dalam mewujudkan perkongsian pintar di antara pihak Polis dan agensi kerajaan untuk merealisasikan 'Strategi Lautan Biru'.
Mengulas mengenai karnival itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini Mazlan berkata ia bertujuan mewujudkan kesedaran dan kerjasama erat pihak polis dengan masyarakat dalam membanteras kegiatan jenayah.
11377340 10206794425843615 8032420634056679459 n
"Sehingga kini indeks jenayah Kelantan telah turun kepada 2.28 peratus melalui pelbagai strategi yang telah kita laksanakan dan kita berharap untuk kekalkan momentum tersebut yang mampu dicapai dengan kerjasama semua pihak," katanya.
Program ini ibarat `Hari Keluarga’ bagi kakitangan IPK Kelantan dengan  konsep `campur aduk’ di antara polis dengan masyarakat yang dijangka  menarik lebih 15,000 pengunjung dengan pelbagai pengisian  seperti forum agama, pameran oleh pelbagai agensi keselamatan serta  persembahan payung terjun dan 120 gerai jualan. Teks oleh Mohamad Iqmal Mathlan.
  • Created on .
  • Hits: 1082

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024