USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK DENGAN TELKOM UNIVERSITY

IMG 5130

PULAU PINANG, 5 Jun 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) hari ini memperkukuhkan kerjasama strategik dengan Universiti Telkom (UT), Bandung, Indonesia dengan berlangsungnya majlis penandatanganan perjanjian persefahaman (MoU) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat GSB USM, hari ini.

Timbalan Dekan (Akademik) GSB Profesor Madya Dr. Azlan Amran yang mewakili Dekan, Profesor Madya Dr. Sofri Yahya berkata, dengan adanya kerjasama strategik dalam beberapa program yang telah dirangka antara kedua-dua universiti ia dapat meningkatkan latihan, penyelidikan dan ruang kerjasama yang erat.

IMG 5148

"Untuk permulaan, kerjasama yang terjalin melibatkan pembangunan sumber manusia di antara kedua-dua buah universiti sedang dirangka mengikut agenda yang telah dirancang semasa sesi lawatan Dekan GSB ke UT Disember yang lepas," tambahnya.

Menurutnya lagi, beberapa program telah dirangka melalui MoU ini yang melibatkan para pelajar dan pensyarah yang mampu memberi impak kepada semua pihak khususnya membantu di antara satu sama lain dalam bidang penyelidikan kedua-dua universiti tersebut.

IMG 5156

IMG 5171

Sementara itu, Naib Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Sistem Maklumat) UT, Dr. Heroe Wijanto, mewakili Rektor, Profesor Ir. Mochamad Ashari,berkata, pihaknya juga berharap USM akan terus berkongsi jaringan melalui program-program sebegini yang dapat berkongsi kepakaran masing-masing khususnya dalam merealisasikan kolaborasi yang lebih jitu.

Permulaan kerjasama yang terjalin ini, pihak UT menghantar 16 orang pensyarahnya untuk menyambung pelajaran di peringkat Ph.D di USM dalam pelbagai bidang bagi memperkukuhkan lagi sistem pembelajaran di sana.

"Pada masa kini, UT mempunyai 705 orang pensyarah yang masih belum mempunyai Ph.D. Saya berharap dengan adanya kolaborasi ini, ianya dapat mendorong pensyarah di UT untuk menyambung pengajian mereka di sini, " katanya lagi.

IMG 5175

Sementara itu, Pihak UT berazam untuk memupuk hubungan yang lebih rapat dan lebih bermakna dengan USM kerana dikenali melalui hasil-hasil penyelidikan yang hebat dan diharapkan program ini juga berperanan sebagai pemangkin kepada program-program penyelidikan yang progresif dalam memperkembangkan bakat dan keupayaan para pensyarah secara menyeluruh dan seimbang dari segi akademik.

Hubungan yang erat di antara universiti, dapat meningkatkan sempadan pengetahuan dan transformasi,” ujarnya lagi kepada TVUSM.

Hadir sama ialah Timbalan-timbalan Dekan GSB, dan rombongan delegasi UT. - Teks: Syuhada A. Aziz,Siti Naquiah Abdillah. Foto: Zamani Abd. Rahim

  • Created on .
  • Hits: 875

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024