USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TEATER NISYA KHALEED DAPAT SAMBUTAN

IMG 0079

PULAU PINANG, 27 Jun 2014 - Teater 'Nisya Khaleed' yang pertama kalinya diangkat ke pentas di Festival Teater MAKUM Mac 2015 yang lepas dipentaskan semula di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama DBP Wilayah Utara, Pejabat Naib Canselor USM dan Pusat Pengajian Seni USM menerima sambutan yang hangat.

Pementasan teater oleh siswa siswi USM telah mendapat sambutan hangat daripada warga USM dan masyarakat setempat ini turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas dan Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Shariff.

 

IMG 0100

Teater karya Ahmad Hashim atau nama penanya Senibayan, Nisya Khaleed ini antara lain berkisar kepada kisah seorang wanita kampung bernama Nisya dari Kedah yang berkahwin dengan Zulkarnain; seorang ustaz dari Indonesia. Perkahwinan yang asalnya bahagia mula goyah apabila Zulkarnain mula terlibat dengan aktiviti keganasan dan insiden pengeboman berani mati.​

Senibayan berkata, para pelakon dan produksi teater telah memberi kerjasama yang baik dalam mempromosikan kesenian di USM.

Menurutnya, mahasiswa mendapat pendedahan lebih luas apabila terlibat dengan pementasan. Gabungan mantap ini memberi peluang kepada  mereka untuk belajar melontarkan suara dan meningkatkan tahap pemahaman terhadap pencahayaan, pengurusan, lakonan, pemahaman skrip dan persiapan pentas.

IMG 0108ujbj

IMG 0119uhu



Beliau mengharapkan penonton bukan sekadar berhibur malah dapat mengambil ikhtibar dari kejadian yang berlaku pada masa kini supaya tidak leka dengan pengaruh-pengaruh yang mampu merosakkan diri sendiri. ​

Sementara itu, watak utama yang dilakonkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan USM , Hyke Nasir yang memegang watak Zulkarnaen berkata teater Nisya Khaleed ini membawa dirinya untuk terus menghayati watak sebagai seorang pejuang yang berpegang kepada janjinya dan suami yang penyayang.

IMG 0126kn

IMG 0128 jhv

"Saya ada membuat sedikit penyelidikan tentang aktiviti keganasan yang berlaku di Bali, Indonesia  supaya dapat menghayati watak yang saya pegang dan bagi watak sebagai seorang suami yang penyayang pula, saya melihat ayah saya sebagai idola untuk saya menghayati watak tersebut dalam teater ini," tambahnya lagi.

Diselang-seli dengan babak jenaka dan kesedihan yang mengasyikkan, teater tersebut mampu menyampaikan mesej kasih sayang dan tutur kata yang sopan. Mesej tersebut perlu dipupuk dalam konteks masyarakat Malaysia hari ini agar tidak leka dengan aktiviti keganasan yang dicanang oleh anasir luar.

Walaupun berlatarbelakangkan program pengajian yang berbeza, gabungan tenaga produksi berjaya memberikan nafas dalam persembahan teater dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir menyaksikan persembahan.

IMG 0141kjb

IMG 0154kln

Turut hadir menyaksikan teater tersebut, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dan isteri Datin Noraizan Jamaluddin serta pegawai tinggi USM.​ Teks: Syuhada Abd Aziz / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1443

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024