USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JPPF USM ANJUR SESI CABUTAN UNDI KERJA BAIKPULIH JPPF SIRI1/24

USM PULAU PINANG, 25 April 2024 - Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menganjurkan Sesi Cabutan Undi Kerja Baikpulih JPPF Fasa 1/2024, kini dalam tahun keempat penganjurannya.
 
Sebanyak enam siri sesi cabutan undi kerja baikpulih telah dilaksanakan sebanyak dua kali pada tahun 2021 dan 2022, sekali pada tahun 2023 dan pada tahun ini, yang mana akan dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada hari ini dan di penghujung bulan Jun 2024.
 
WhatsApp Image 2024 04 25 at 12.37.55
 
Hadir pada sesi kali ini ialah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Azlan Amran.
 
Azlan Amran dalam ucapannya berkata, sejak pertama kali dilaksanakan, pihak USM telah memberi peluang kepada kontraktor G1 di seluruh Pulau Pinang dan Kelantan untuk turut serta, yang mana statistik telah menunjukkan peningkatan dalam pendaftaran kontraktor bagi setiap tahun.
 
“Saya berharap agar pelaksanaan sesi cabutan undikerja baikpulih ini dapat diteruskan, dalam memastikan agihan peruntukan dapat disalurkan dengan seimbang kepada semua kontraktor di samping memberi penekanan terhadap aspek akauntabiliti, integriti, telus dan adil,” katanya.
 
Azlan Amran turut menyampaikan tiga pesanan daripada pihak pengurusan tertinggi USM iaitu, penekanan kepada integriti yang mana pihak USM akan mengelak daripada sebarang bentuk pemberian yang bersifat rasuah dan sebagainya.
 
Beliau turut berharap agar kontraktor yang terpilih akan memastikan kualiti penyampaian yang terbaik kepada USM dan pemegang taruh USM; dan agar kerja-kerja yang diberikan kepada para kontraktor dapat menepati masa seperti yang telah ditetapkan.
 
Turut diselitkan dalam sesi tersebut ialah Taklimat Khas oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti JPPF USM, Ts. Mohd Noor Naina Mohamed, yang memaklumkan tentang proses selepas pencabutan undi dilaksanakan.
 
Sesi Cabutan Undi Kerja Baikpulih ini melibatkan;
1. Kejuruteraan Mekanikal – Kampus Induk 
2. Kejuruteraan Elektrik – Kampus Induk 
3. Kejuruteraan Awam – Kampus Kesihatan 
4. Kejuruteraan Awam – Kampus Induk dan Kejuruteraan
 
Hadir sama di sesi tersebut adalah Pengarah JPPF USM, Ts. Arman Abdul Razak; Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang, Muhammad Ridzuan Rahim; wakil Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Pulau Pinang, Datin Rosmariah Ishak dan pegawai-pegawai utama universiti.
 
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Faizal Ashraf Ali
  • Created on .
  • Hits: 186

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024