USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

8 PASUKAN DEBAT BERENTAP DI PERINGKAT ASIA TENGGARA DALAM PERTANDINGAN PERDEBATAN CINA PIALA DUNIA

e3d0b5b4 f2bb 4fe2 b79e a879f393524e

USM PULAU PINANG, 6 April 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menjadi tuan rumah sekali lagi untuk Pertandingan Perdebatan Cina Piala Dunia Peringkat Asia Tenggara yang diadakan di Dewan Pembangunan Siswa 1 & 2, Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA), USM.

Hadir merasmikan program ialah Por Cheng Han, pegawai khas kepada Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Hui Ying; dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.

IMG 8453

Turut hadir ialah pihak penganjur bersama iaitu Dr. Campus yang diketuai oleh pengurusnya, Teng Heng Nguan; Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Bahasa Tionghua USM, Ng Jie Xi; dan Timbalan Pengarah Projek Pertandingan Perdebatan Cina Piala Dunia Peringkat Asia Tenggara 2024, Hor Weng Hang.

Dalam teks ucapannya, Shaharum berkata, program ini adalah salah satu aktiviti tahunan anjuran Jawatankuasa Perdebatan Cina Piala Dunia, Pusat Majalah Masyarakat, Institusi Pengajian Hubungan Antarabangsa, Dr. Campus, Campus Academia, dan Unit Debat Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) USM sebagai penganjur bersama.

“Sesungguhnya dedikasi dan semangat yang ditunjukkan telah membuktikan inisiatif berterusan persatuan dalam usaha untuk memelihara dan mempromosikan bahasa ibunda kaum Tionghua,” katanya lagi.

Sebanyak 13 pasukan dari Asia Tenggara telah menyertai pertandingan ini sejak 23 Mac 2024 dan lapan (8) pasukan telah berjaya mara ke pusingan seterusnya bagi menentukan pusingan kedua dan separuh akhir.

4e1e62d3 9c6c 4eff ab87 c2e056ac877b

Pemenang peringkat Asia Tenggara akan berentap di peringkat akhir yang akan berlangsung di negara China nanti.

Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Multimedia (MMU Melaka), Universiti Sains Malaysia (USM kampus induk), Universiti Tunku Abdul Rahman (Cawangan Kampar dan Sungai Long), Nanyang Technological University (NTU) Singapura, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Brickfields Asia College (cawangan Petaling Jaya).

Teks & Foto: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 119

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024