USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GOTONG ROYONG EDARAN BUBUR LAMBUK DAN IFTAR RAMADAN 2024 PERINGKAT KAMPUS KEJURUTERAAN USM KUKUHKAN SILATURAHIM ANTARA STAF DAN PELAJAR

WhatsApp Image 2024 04 13 at 3.55.47 PM

NIBONG TEBAL, 3 April 2024 – Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama sekretariat dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program memasak dan mengedar bubur lambuk serta iftar bersama Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Datin Dr. Azlina Harun@Kamaruddin di Pusat Mahasiswa (PUMA) Kampus Kejuruteraan, di sini hari ini.

Azlina menzahirkan rasa syukur kerana berkesempatan untuk berkumpul bersama-sama warga kampus pada bulan yang mulia ini.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan semua bahawa tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk meraikan bulan Ramadan yang penuh barakah ini di samping merapatkan lagi silaturahim antara warga kampus.

Azlina turut berpesan kepada seluruh tetamu yang hadir agar berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan tahlil yang disampaikan oleh Irfan Isham Rashid, MPP dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Sementara itu, Nurul Syahirah Noorshuhaimi, PPSL merangkap Pengarah Program berkata, aktiviti gotong royong menyediakan bubur lambuk telah bermula sejak awal pagi melibatkan warga kerja BHEPA dan para pelajar.

“Mereka bersilih ganti dalam melakukan tugasan masing-masing dalam menjayakan program ini, yang mana kesemua bubur lambuk tersebut telah dipaket dan diedarkan di pintu pagar utama Kampus Kejuruteraan USM.

WhatsApp Image 2024 04 13 at 3.55.47 PM1

“Edaran bubur lambuk berjalan dengan lancar dan objektif utama dalam berkongsi rezeki bersama-sama di bulan puasa ini tercapai dengan jayanya,” katanya.  

Menu iftar juga telah disediakan sendiri oleh mereka semua yang terlibat seperti nasi daging, air asam, sup daging, mee hoon goreng dan sebagainya.

Majlis ini disertai oleh tiga badan utama di Kampus Kejuruteraan yang terdiri daripada Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Penghuni Desasiswa (MPD).

Turut hadir bersama dalam memeriahkan lagi majlis ialah penggawa, penolong penggawa, ketua unit Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (HAC) dan warga kerja BHEPA.

WhatsApp Image 2024 04 13 at 3.55.47 PM2

Teks: Muhammad Hafiz Ali Mohd Anuar (Ketua Unit, BHEPA Kampus Kejuruteraan) & Nurul Syahirah Noorshuhaimi (PPSL merangkap Pengarah Program)/Foto: PPSL, MPP, MPD & Unit Media dan Penerbitan BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 98

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024