USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM SANTUNI PELAJAR SEMASA EDARAN JUADAH MOREH

434664767 906533641271264 2330635865400664246 n

USM PULAU PINANG, 30 Mac 2024 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hadir menyantuni pelajar dengan mengedarkan juadah moreh kepada pelajar di Desasiswa Restu USM sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Tarawih.

Dengan menggunakan kaedah “First Come First Serve”, tradisi edaran moreh di bulan Ramadan merupakan hasil inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang Akademik 2023/2024 melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) USM dalam usaha membantu pelajar untuk mendapatkan makanan terutamanya mereka yang berada dalam kalangan B40.

Edaran moreh akan dibuat di desasiswa berlainan mengikut jadual yang telah disusun oleh MPP USM dan setakat ini, Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar.

434771291 906533504604611 5530825347803080347 n   434727952 906533567937938 388491773792427310 n

Bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2: Kelaparan Sifar (SDG 2), USM melalui BHEPA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) kampus atas inisiatif dan usaha yang telah ditunjukkan sesuai dengan mengambil ibrah dan keberkatan di kemuliaan Ramadan ini.

Hadir bersama ialah Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, Roslan Ismail; Penggawa Desasiswa Restu, Ts. Dr. Shahrizal Nazri; Yang Dipertua MPP, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman; barisan Majlis Penghuni Desasiswa Restu, Penolong-penolong Penggawa Desasiswa Restu dan MPP.

434782077 906533661271262 7055656772326624576 n

Teks & Foto: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Penerbitan BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 122

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024