USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC SANTUNI WARGA KAMPUS DAN KOMUNITI SETEMPAT AGIH JUADAH BERBUKA PUASA

3597c2d3 ca54 41d5 83da 2852106068dc

USM PULAU PINANG, 30 Mac 2024 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hadir menyantuni warga kampus serta komuniti setempat dengan mengagihkan juadah berbuka puasa selepas menyempurnakan Majlis Penutup Program Festival Musabaqah Al-Quran (FMQ) 2024 di Masjid Al Malik Khalid USM petang tadi.

Abdul Rahman berkata, Pusat Islam USM telah meneruskan aktiviti persiapan iftar selama 40 tahun sejak penubuhannya.

“Saya percaya, aktiviti seperti ini merupakan inisiatif yang dapat menjayakan konsep Madani dengan memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 1 dan 2 iaitu Tiada Kemiskinan dan Kelaparan Sifar.

“Aktiviti yang diadakan ini tidak mengira bangsa dan agama yang mana kita dapat melihat para pelajar yang bukan beragama Islam turut serta dalam persiapan iftar.

“Secara tidak langsung kita dapat melihat semangat patriotik dan sekaligus dapat mengukuhkan ukhuwah sesama mereka,” katanya.

Tambah Abdul Rahman, persiapan berbuka puasa bermula dengan proses penyediaan juadah dengan bantuan kira-kira 300 tenaga kerja yang terdiri daripada warga kampus dan orang awam.

Orang ramai dijemput hadir untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Pusat Islam USM yang mana mereka diberi dua pilihan iaitu berbuka puasa di masjid (tempat yang disediakan) atau membawa pulang juadah yang disediakan dengan membawa bekas makanan sendiri.

“Menu yang disediakan adalah berbeza setiap hari yang dipilih oleh jawatankuasa khas yang terdiri daripada kakitangan USM dan kuantiti makanan yang disediakan adalah untuk kira-kira 3,000 orang,” kata Abdul Rahman lagi.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 178

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024