USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TECO MALAYSIA

WhatsApp Image 2024 03 25 at 15.27.35

USM PULAU PINANG, 15 Mac 2024 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Bahagian Pendidikan, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei (Taipei Economic & Cultural Office, TECO) di Malaysia.

Pada perjumpaan serampang dua mata yang diadakan di Bilik Persidangan Canselori (CCR), Bangunan Canselori 1, USM, kedua-dua pihak telah membincangkan hala tuju dan kolaborasi strategik antara kedua-dua buah negara khususnya USM bagi meneroka dan memperluaskan ruang kepakaran pendidikan tinggi dan penyelidikan yang dimiliki untuk dikongsi bersama di Taiwan.

Pada masa yang sama, Naib Canselor berharap dengan perjumpaan ini mampu menjadi titik tolak kepada lebih banyak kerjasama di antara USM dengan institusi-institusi pendidikan di Taiwan terutamanya dalam bidang penyelidikan Semikonduktor dan Reka Bentuk Mikroelektronik.

Abdul Rahman turut berharap pelajar-pelajar yang berpontesi dari peringkat ijazah pertama sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran dapat diketengahkan untuk pertukaran pelajar antara USM bersama universiti-universiti di Taiwan melalui jalinan kerjasama USM dan TECO ini.

Selain itu, Pengarah Bahagian Pendidikan TECO, Charlin Chang menghargai keterbukaan USM dalam mengorak langkah bersama TECO bagi berkongsi kepakaran akademik dan penyelidikan antara kedua-dua buah negara memandangkan di Taiwan sendiri mempunyai 150 buah universiti yang mampu diterokai oleh USM dalam pelbagai bidang.

Yang turut hadir ke kunjungan tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan TECO, Alice Chen; dan Penyelaras Unit Pengembangan Akademik dan Profesional USM, Profesor Dr. Lee Keat Teong.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Mohd Fairus Md Isa/Grafik: Muhamad Ihsan Abu Bakar

  • Created on .
  • Hits: 136

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024