USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU ANTARABANGSA KE USM

WhatsApp Image 2024 03 21 at 11.59.13

USM PULAU PINANG, 19 Mac 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengorak langkah dengan mempelbagaikan usaha promosi bagi memastikan jumlah kemasukan pelajar antarabangsa berada pada tahap yang terbaik.

Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) melalui Pusat Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) USM telah menjemput Profesor Dr. Azizah Omar selaku Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar untuk menyampaikan taklimat agenda HEBAT semasa minggu orientasi di Dewan Kuliah A kepada 254 orang pelajar antarabangsa yang akan mengikuti program ijazah pertama sepenuh masa di kampus induk.

“Mereka bukan sahaja hanya datang untuk belajar tetapi secara tidak langsung dapat berinteraksi dengan pelajar tempatan dengan lebih erat lagi selain dapat mengenali budaya di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum,” kata Azizah.

Pada masa yang sama, IMCC telah membentuk dimensi baru dalam perancangan program untuk pelajar-pelajar USM menimba pengalaman sebanyak mungkin bersama-sama pelajar antarabangsa selain dapat memahami kepelbagaian dari negara lain.

Turut hadir bersama ialah Pengarah IMCC, Profesor Madya Dr. Muhizam Mustafa; Timbalan Pengarah IMCC, Profesor Madya Dr. Mohd Hafizal Mohd Isa; wakil Sektor Kerjaya dan Kebolehpasaran BHEPA, Mohamad Kasyfi Mohamad Taufik; Ketua Unit Kebajikan Pelajar dan OKU BHEPA, Shielawanis Abdul Karim; pegawai dan staf IMCC.

Teks & Foto: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Dokumentasi BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 79

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024