USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MESYUARAT PENYELARASAN IMT-GT KALI KE-38: BUKTI HUBUNGAN ERAT UNIVERSITI TIGA NEGARA SERUMPUN

USM PULAU PINANG, 22 Mac 2024 – Kerjasama aktiviti kebudayaan, kesukanan dan seminar (pelajar) antara universiti-universiti dari Indonesia, Malaysia dan Thailand telah diasaskan sejak 29 tahun lalu di Prince of Songkla University (PSU), Thailand.

WhatsApp Image 2024 03 25 at 09.07.15 4

Ketika itu hanya tiga (3) universiti yang terlibat yakni Universiti Sumatera Utara, Prince of Songkla University dan Universiti Utara Malaysia.

Hari ini keanggotaannya meningkat kepada 12 universiti dari tiga buah negara tersebut, iaitu Universiti Sumatera Utara, Universiti Syiah Kuala, Universitas Negeri Medan, Universitas Negeri Padang (Indonesia); Prince of Songkla University, Wallaillak University, Rajamangala University Technology Srivijaya, Thaksin University (Thailand); Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Teknologi Mara (Cawangan Arau).

Baru-baru ini, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) menjadi tuan rumah mesyuarat penyelarasan Majlis Varsiti IMT-GT ke-38 bermula dari 18 hingga 20 Mac 2024, yang dihadiri seramai 60 ahli IMT-GT.

WhatsApp Image 2024 03 25 at 09.07.15 1

Berteraskan tiga aspek utamanya iaitu sukan, budaya dan seminar, IMT-GT berfungsi bukan sahaja sebagai platform untuk komuniti universiti antarabangsa meneroka dan mempamerkan bakat malah bertindak sebagai alat yang berkuasa dalam mempromosikan universiti ke peringkat global.

Program bertujuan untuk mencungkil kebolehan pembangunan pelajar dan kakitangan universiti; memupuk perpaduan; mengukuhkan semangat dan pembangunan IMT-GT melalui rangkaian pelajar dan kakitangan universiti ahli; di samping memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan berkualiti tanpa sebarang penglibatan politik.

WhatsApp Image 2024 03 25 at 09.07.15 2

Majlis perasmian telah disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor HEPA USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin yang mewakili Naib Canselor USM pada majlis iftar bersama delegasi yang diadakan di Lantai Seni, Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) dua malam yang lalu.

Dalam ucapan perasmiannya, Shaharum menyifatkan karnival Varsiti IMT-GT ini sebagai lebih daripada satu acara; ia melambangkan mercu tanda perkongsian dan kemajuan.

WhatsApp Image 2024 03 25 at 09.07.15

“Marilah kita menggunakan platform ini untuk memartabatkan pelajar kita, bukan sahaja dari segi akademik, tetapi sebagai warga global yang akan meneruskan obor inovasi dan keharmonian dengan menghayati nilai sukan, budaya dan perkongsian ilmu untuk menggalakkan perpaduan dan persahabatan dalam kalangan pesertanya,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Presiden Majlis Varsiti IMT-GT, Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed dalam ucapannya menekankan kepentingan memperkukuh pendidikan diplomatik perkongsian dan perpaduan dengan menyediakan generasi masa depan yang serba boleh, yakin dan idealistik.

WhatsApp Image 2024 03 25 at 09.07.15 3

Turut hadir Naib Rektor Hal Ehwal Pelajar Universitas Syiah Kuala merangkap Naib Presiden Majlis Varsiti IMT-GT Indonesia, Profesor Dr. Mustanir; Naib Presiden Pembangunan Pelajar dan Hal Ehwal Alumni, Prince of Songkhla University merangkap Naib Presiden Majlis Varsiti IMT-GT Thailand, Penolong Profesor, Dr. Wirote Youravong; Setiausaha Agung Majlis Varsiti IMT-GT, Asmawiza Hj. Hussin; Ahli Majlis Varsiti IMT-GT dan pegawai delegasi IMT-GT.

Teks asal: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Suntingan & Foto: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Dokumentasi BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 113

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024