USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PTI USM ANJUR KONVENSYEN KIK USM; KUKUHKAN INOVASI DAN KREATIVITI

WhatsApp Image 2024 03 21 at 16.39.35

USM PULAU PINANG, 21 Mac 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Transformasi Insan (PTI) baru-baru ini telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK Horizon Baharu) peringkat USM 2024.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan staf dengan berfokus kepada peningkatan kualiti penyampaian dan pemantapan tadbir urus pusat tangggungjawab serta universiti secara amnya.

Konvensyen ini juga merupakan platform untuk memilih kumpulan terbaik yang akan mewakili universiti ke Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam kali ke-17.

Penganjuran secara horizon baharu ini diadakan buat julung kalinya dengan memberi penekanan kepada penilaian impak projek.

Sebanyak enam kumpulan telah menyertai konvesyen ini yang terdiri daripada empat kumpulan daripada peserta kampus induk USM dan selebihnya adalah daripada Hospital USM (HUSM).

Johan Konvensyen KIK Horizon Baharu pada kali ini jatuh kepada Kumpulan C-Ner-G dari HUSM yang mana mereka telah membawa pulang hadiah berjumlah RM2,000 beserta piala iringan dan sijil penyertaan.

Sementara itu, gelaran naib johan dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Kumpulan Reborn Rehab dan Kumpulan Lang Merah yang mana masing-masing telah membawa pulang hadiah RM1,500 dan RM1,000 beserta piala iringan dan sijil penyertaan.

Harapan penganjur adalah agar program seumpama ini dapat mengukuh dan memantapkan daya inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga Universiti.

WhatsApp Image 2024 03 21 at 16.39.35 1

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Suntingan: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Norizal Hamad

  • Created on .
  • Hits: 119

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024