USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, MyQAS METERAI MoA JALIN KERJASAMA TAWAR PERKHIDMATAN ANALISIS MAKMAL UNTUK PENSIJILAN SIRIM

WhatsApp Image 2024 03 12 at 11.49.26 AM

USM PULAU PINANG, 12 Mac 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) telah menjalin kerjasama bersama MyQAS Certification Sdn. Bhd. melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang termeterai pada hari ini.

Kerjasama yang terjalin melibatkan perkhidmatan analisis makmal yang memiliki pensijilan SIRIM, yang merupakan satu komponen penting yang berupaya melonjakkan kemudahan dan perkhidmatan ujian makmal universiti ke peringkat lebih tinggi.  

Menandatangani bagi pihak USM mewakili Naib Canselor ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab, manakala MyQAS Certification Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarahnya, Datin Ar. Junn Ng Hooi Chin.

WhatsApp Image 2024 03 12 at 11.49.27 AM   WhatsApp Image 2024 03 12 at 11.49.27 AM1

Menurut Habibah, USM menggalakkan perjanjian kerjasama universiti-industri seumpama ini untuk:

i. Mengembangkan peranan universiti sebagai pusat kepakaran yang dapat membantu pihak industri menangani isu dan masalah yang berkaitan produk, RnD dan sebagainya.

ii. Menggalakkan pemindahan kepakaran, perkongsian ilmu, serta pemantapan amalan makmal terbaik antara kedua-dua pihak.

“Makmal Pencirian Bahan Bumi (Earth Material Characterisation Laboratory, EMCL) PPAG yang telah ditubuhkan sejak 2012 mempunyai kemudahan peralatan saintifik yang berteknologi tinggi, staf yang kompeten dan setiap keputusan ujian yang dikeluarkan adalah mengikut standard ISO 17025:2017.

“Oleh itu, jaringan PPAG-MyQAS ini adalah suatu kerjasama yang strategik dan seimbang, objektif dan praktikal dalam memberikan manfaat jangka panjang kepada kedua-dua pihak.

“Perjanjian ini diharap menjadi satu contoh kerjasama yang baik antara makmal universiti-industri dan menjadi penanda aras dari segi amalan yang boleh dicontohi oleh makmal-makmal lain di USM,” kata Habibah lagi.

Manakala Junn Ng berkata, melalui kerjasama ini, saya percaya ia akan membawa banyak faedah kepada kedua-dua institusi akademik dan industri swasta.

WhatsApp Image 2024 03 12 at 11.49.26 AM1

“Dengan kerjasama ini, universiti boleh terus menumpukan pada perniagaan terasnya iaitu pengajaran dan penyelidikan, dan pada masa yang sama menyokong industri dengan perkhidmatan ujian makmalnya, dan kami sebagai industri swasta boleh menumpukan pada penyediaan pensijilan dan keperluan industri.

Turut hadir ialah Pengarah PPAG USM, Profesor Dr. Stephen Chia Ming Soon; Penasihat Syarikat MYQAS Certification Sdn. Bhd., Dato’ Ir. Dr. Ch’ng Guan Bee; staf akademik dan ahli-ahli Majlis PPAG, serta pasukan MyQAS.

Teks: Siti Fatimah Abu Mansor/Suntingan: Tan Ewe Hoe   

  • Created on .
  • Hits: 146

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024