USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-EMGS KONGSI STRATEGI PEMASARAN IKUT TREND TERKINI

WhatsApp Image 2024 03 08 at 15.34.34

USM PULAU PINANG, 8 Mac 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Jabatan Pendaftar USM hari ini telah mengadakan satu Sesi Perkongsian EMGS (Education Malaysia Global Services) bersama USM.

Perkongsian yang bertajuk Strategi Pemasaran Mengikut Trend Terkini disampaikan oleh Pengarah, Pemasaran Digital EMGS, Shahrill Sabarudin.

Sesi tersebut bertujuan untuk mendapatkan input daripada pihak EMGS berkenaan pemasaran digital mengikut trend terkini; dan proses serta isu pengurusan visa pelajar antarabangsa.

WhatsApp Image 2024 03 08 at 15.37.07

Selain itu, objektif perkongsian juga adalah untuk menggabungkan sumber bersama kesemua pemegang taruh USM (pasukan pemasaran) dalam penyediaan bahan promosi universiti yang seragam, dan merangka strategi pemasaran digital dan media sosial yang berkesan.

Sesi ini turut menampilkan perkongsian oleh Mohd Farha Md Ishak yang bertajuk International Student Management Services EMGS, dan sesi perkongsian oleh wakil USM, Timbalan Dekan USM@KL, Profesor Madya Dr. Hasrina Mustafa.

WhatsApp Image 2024 03 08 at 15.38.03

Terdahulu, Timbalan Pendaftar Kanan, BPA, Jabatan Pendaftar USM, Tn. Hj. Ramli Osman memberikan pengenalan program serta senario semasa dan statistik terkini pelajar antarabangsa di kesemua kampus USM.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 234

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024