USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ICERT 2015 PERKUKUH AGENDA KELESTARIAN UNIVERSITI

IMG 0087gjh

PULAU PINANG, 27 Mei 2015 - Tersenarai dalam kelompok 31 terbaik dunia dalam bidang sains persekitaran, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) dalam memperkukuhkan peranan dan memacu agenda kelestarian, buat kali kelima menganjurkan International Conference on Environmental Research and Technology (ICERT 2015).

Pemangku Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein berkata, persidangan ini berfungsi sebagai platform dalam pertukaran  idea dan intelektual untuk melonjakkan kerjasama penyelidikan dan rangkaian di kalangan pakar-pakar dalam pelbagai aspek sains alam sekitar dan penyelidikan teknologi.

IMG 0094gj

IMG 0097

 “Selaras dengan keperluan untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan strategi baru dalam bidang penyelidikan kelestarian, persidangan ICERT 2015 ini membolehkan perkongsian idea oleh para peserta pelbagai negara dunia, khususnya dalam menetapkan strategi terbaru untuk mengukuhkan penyelidikan-penyelidikan berkaitan aspek kelestarian.

“Salah satu strategi adalah memberi tumpuan dalam mengukuhkan bidang penyelidikan teknologi hijau dan pembaharuan teknologi dalam bidang kelestarian alam sekitar untuk mengekalkan kualiti kehidupan,” tambah Adnan lagi dalam ucapan perasmiannya di sini hari ini.

IMG 0101dfg

IMG 0112gfh

ICERT 2015 bertemakan  ‘Meneroka Sempadan dalam Bidang Sains Alam Sekitar dan Penyelidikan Teknologi’ bertujuan untuk menonjolkan pengetahuan dan teknologi baru yang berkaitan dengan kelestarian alam sekitar di samping membincangkan isu-isu semasa berkaitan pengurusan alam sekitar dan pembangunan dan pada masa yang sama, meningkatkan kerjasama dan rangkaian dalam kalangan pakar dalam pelbagai bidang kelestarian alam sekitar.

Persidangan kali ini menghimpunkan 90 orang pembentang dari pelbagai negara antaranya Indonesia, Filipina, Thailand, Korea dan Australia  yang akan membincangkan isu-isu yang berkaitan kelestarian alam sekitar dan penyelidikan teknologi industri.

IMG 0115dfh

IMG 0118th

Sementara itu, Pengarah ICERT 2015, Profesor Dr. Teng Tjoon Tow berharap persidangan kali ini akan memberi lebih banyak peluang dalam bidang penyelidikan kelestarian alam sekitar dan dapat menjalinkan kerjasama dengan negara luar dalam pelbagai bidang.

“Saya yakin dengan pembentangan hasil kajian terkini mengenai pelbagai topik yang berkaitan kelestarian dari peserta, persidangan ini akan mencapai objektifnya dalam menonjolkan pengetahuan dan teknologi baru yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar dan pembangunan, serta dapat meningkatkan kerjasama dan rangkaian dalam kalangan pakar-pakar dalam pelbagai bidang kelestarian alam sekitar,” katanya dalam majlis perasmian ICERT 2015.

“Persidangan ini juga mampu memberi impak dan peluang kepada para penyelidik khususnya dalam  bidang  teknologi industri bertemu dengan ahli akademik yang berpengalaman dalam bidang kelestarian bagi mewujudkan kerjasama dan pemindahan ilmu antara mereka di masa akan datang,” tegasnya lagi.

IMG 0134gbg

Ucaptama ICERT 2015 telah disampaikan oleh pensyarah dari Universiti of Technology, Babol, Iran, Profesor Ghasem Najafpour dan Timbalan Pengarah di Jabatan Pembangunan Putrajaya, Dato' Dr. Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim masing-masing membentangkan  ucaptama yang bertajuk ‘Biological Treatment Processes: Suspended Growth Vs Attached Growth’ dan ‘Mainstreaming Enviromental Policies in The Industrial Sector’. Teks: Syuhada Abd Aziz / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1109

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024