USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT YLTAT

WhatsApp Image 2024 02 19 at 18.32.56

USM PULAU PINANG, 19 Februari 2024 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman hari ini menerima kunjungan hormat dari delegasi Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) yang diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan cadangan kerjasama dengan pihak USM yang melibatkan aspek seperti memupuk minat menggalakkan para pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta memperbaiki taraf sosio-ekonomi dalam kalangan anak-anak tentera.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk libatsama seperti program dan aktiviti sekolah yang melibatkan program untuk menarik minat para pelajar mendalami ilmu STEM dan kecerdasan buatan (AI) serta pelaksanaan terhadap program tuisyen secara dalam talian untuk anak-anak tentera.

Selain itu, turut dicadangkan oleh pihak YLTAT juga adalah kerjasama Memorandum Persefahaman (MoU) yang mana kerjasama ini diharapkan dapat menjadi landasan yang kukuh bagi kedua belah pihak untuk bekerjasama secara berkesan dalam mencapai matlamat bersama terkait pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi. 

Kesemua cadangan dan inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama untuk meningkatkan mutu pendidikan dan memberikan peluang yang lebih baik kepada anak-anak tentera, serta menyumbang kepada pembangunan bidang STEM dan AI di Malaysia.

Hadir sama adalah Pengarah Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik (CEDEC) USM, Profesor Madya Dr. Asrulnizam Abd Manaf; Pengurus Strategi dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) YLTAT, Rizal Ab Karim; Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat YLTAT, Taufiq Ghazali dan Eksekutif CSR dan Pendidikan, Roshazana Najwa Zainudin.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/ Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 324

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024