USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JEMPUT SARAPAN @DAPUR SISWA USM

WhatsApp Image 2024 02 16 at 13.43.09

USM PULAU PINANG, 14 Februari 2024 – Selaras dengan pencapaian Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG 1: Tiada Kemiskinan dan SDG 2: Sifar Kelaparan, Pusat Islam USM mengambil inisiatif melaksanakan Program Jemput Sarapan @Dapur Siswa USM bagi memenuhi keperluan makanan golongan pelajar asnaf di USM.

Menurut Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Haji Mohammad Shukri Osman, bermula 15 Februari 2024, seawal jam 8.00 pagi pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis, pelajar boleh singgah di anjung Masjid Al Malik Khalid USM untuk mengambil pek makanan yang disediakan.

“Sebanyak 100 pek makanan percuma akan disediakan pada setiap hari yang ditetapkan itu khusus untuk para pelajar USM yang terawal dan memerlukan sahaja,” katanya.

Tambah Shukri, diharap melalui program ini yang juga selari dengan hasrat Pengerusi Lembaga Gabenor USM dan Naib Canselor USM, pelajar asnaf berpeluang menikmati sarapan yang berkhasiat dan tidak perlu mengikat perut kerana kesempitan wang, sekaligus membolehkan mereka memberi tumpuan kepada mengulangkaji pelajaran di minggu peperiksaan ini. 

Sumber: Pusat Islam USM/Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 217

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024