![123JAN](/images/123JAN.png)
PULAU PINANG, 31 Januari 2025 - Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menyambut kunjungan hormat Ketua Audit Negara, Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam rangka lawatan rasmi ke USM bagi meninjau kemudahan-kemudahan sukan yang ada di USM.
![365](/images/365.jpg)
![366](/images/366.jpg)
Kunjungan ini adalah sebagai persiapan awal penganjuran Program Kecergasan Jabatan Audit Negara (JAN) Tahun 2025 dan Taklimat Kerjaya Jabatan Audit Negara (JAN) yang julung kali akan dilaksanakan di USM pada bulan Ogos 2025.
![367](/images/367.jpg)
![368](/images/368.jpg)
Lawatan kerja tersebut turut dihadiri oleh Datuk Hajah Patimah Ramuji Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) USM, Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim; Bendahari USM, Rafizal Abd Rahim; Pengarah Audit Sektor Audit Kewangan, JAN merangkap Yang Dipertua Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP), Tuan Haji Azunan Daud dan Pengarah Audit Negeri, JAN Negeri Pulau Pinang, Dr. Zaharuddin Zainal Abidin.
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar Foto: Shahnizam Ab Rahim
- Hits: 46