USM NEWS PORTAL 

Rencana / Features

MEMAHAMI LIMPAHAN AIR BESAR DI KAKI GUNUNG JERAI

https://www.msn.com/en-my/news/berita/memahami-limpahan-air-besar-di-kaki-gunung-jerai/ar-AANyNI3

a man sitting on a rock in the snow: Beberapa pekerja membaiki paip yang rosak dilanda banjir baru-baru ini. (Gambar Facebook Kementerian Air dan Alam Sekitar)

Beberapa pekerja membaiki paip yang rosak dilanda banjir baru-baru ini. (Gambar Facebook Kementerian Air dan Alam Sekitar)

SUNGAI PETANI: Kejadian banjir yang melanda beberapa kampung di kaki Gunung Jerai adalah disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri, kata seorang pakar hidrologi.

Chan Ngai Weng dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata perubahan iklim yang mungkin menyebabkan banjir lebat luar biasa, hanya menjadi sebahagian daripada puncanya sahaja.

Manakala selebihnya ditanggung oleh individu yang bertanggungjawab melakukan aktiviti antropogenik seperti pembersihan hutan, pembinaan, pertanian dan menukar keadaan hutan sebagai kawasan binaan.

“Manusia boleh dipersalahkan kerana berlakunya perubahan iklim apabila mereka adalah penyebabnya.

a man wearing a suit and tie: Chan Ngai Weng

Chan Ngai Weng

“Kita harus cermin diri dan salahkan diri sendiri, bukannya alam semulajadi, cuaca atau tuhan,” katanya kepada FMT.

Kawasan itu dilanda hujan lebat lebih enam jam pada tengah hari Rabu lalu.

Menurut Jabatan Meteorologi, taburan hujan pada paras 278mm berlaku pada kawasan pergunungan itu yang melebihi 70 tahun purata selang pengulangan.

Hujan lebat di puncak Gunung Jerai menyebabkan limpahan besar air yang mengalir ke beberapa kawasan di kaki gunung yang diibaratkan seperti tsunami.

Kawasan di sekitar Merbok dan Gurun ditenggelami air setinggi 0.2m hingga 0.3m manakala di daerah Yan pula air setinggi 1.5m yang menyamai tinggi kereta Perodua Myvi menenggelami kawasan itu.

Air yang mula surut pada Khamis lalu meninggalkan kesan lumpur di seluruh kawasan.

Sekurang-kurangnya 3,000 penduduk terputus bekalan air bersih apabila saluran paip rosak teruk dalam kejadian itu.

Ada juga yang terputus bekalan elektrik apabila pokok tumbang menghempap tiang elektrik.

Kerajaan negeri Kedah berkata insiden itu disebabkan oleh “fenomena kepala air”.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata air yang berlumpur menunjukkan aktiviti pembersihan tanah dilakukan secara berleluasa namun ia dinafikan oleh kerajaan negeri.

Chan berkata kemungkinan banyak aliran pada bukit berkumpul membentuk sungai yang dipenuhi dengan puing dan batu serta menyekat air seperti empangan kecil.

“Air ini tidak dapat mengalir kecuali dilepaskan dalam limpahan besar.”

Menurutnya, aktiviti pembukaan hutan patut dipersalahkan apabila tanah tidak dapat lagi menahan air hutan, apatah lagi untuk berfungsi untuk menyerap lebihan air.

Katanya, ia juga menyebabkan sungai menjadi cetek dan ini disebabkan tanah daripada kawasan yang dibersihkan telah terkumpul di dasar sungai.

Satu lagi kebimbangan adalah berkaitan aktiviti pembangunan yang berhampiran dengan sungai yang menghalang sungai mengalir ketika berlakunya limpahan besar.

“Sungai memerlukan dataran banjir untuk mengeluarkan tenaga. Secara semulajadinya, ia perlu berliku dan bukannya lurus,” kata Chan.

“Bagaimanapun, apabila manusia melakukan aktiviti pembinaan berhampiran sungai, ia menghalang sungai mengeluarkan tenaga. Ia terkumpul dan limpahan besarnya akan menyebabkan banjir kilat.”

Dia mengemukakan beberapa cadangan ini:

  • Empangan kecil atau lokasi penahan kecil di sepanjang sungai untuk mengalihkan air hujan;
  • Pembersihan empangan semula jadi atau puing yang menjadi halangan dalam sungai;
  • Pengorekan sungai cetek; dan
  • Pemantauan aktiviti pembersihan hutan menerusi satelit atau dron di kawasan bukit.

Dia berkata pembangunan masa hadapan yang dilakukan di kawasan tanah sekitar Jerai harus membolehkan sekurang-kurangnya 50% air dapat diserap oleh permukaan supaya ia meresap ke dalam tanah.

-Sumber daripada MSN News Online

  • Created on .
  • Hits: 1916

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024