USM NEWS PORTAL 

Rencana / Features

KEROSAKAN DI MUKA BUMI HASIL KERAKUSAN MANUSIA

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/01/535589/kerosakan-di-muka-bumi-hasil-kerakusan-manusia

16 Januari 2020 Kerosakan di muka bumi hasil kerakusan manusia HM addin ms 19

(Harian Metro, 16 Januari 2020, Addin, Ms 19)

Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki

ALAM sekitar adalah antara amanah kepada umat manusia yang berperanan sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

Daripada kepelbagaian manfaat yang terhasil menerusi penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan baik, pelbagai nikmat yang boleh diperoleh manusia.

Justeru, alam sekitar seharusnya dijaga sebaik mungkin kerana alam dan manusia saling bergantungan.

Di Malaysia, terdapat pelbagai kes yang membabitkan pencemaran alam sekitar dilaporkan.

Antaranya, pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor yang wajar dijadikan iktibar.

Ia dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa toksik yang ditanam di dalam tanah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menurut pensyarah Kejuruteraan Kimia, Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud, tindakan menanam sisa toksik dalam tanah boleh mengakibatkan pencemaran udara.

Selain itu, saliran air bawah tanah di daerah itu berkemungkinan sudah tepu dengan sisa toksik yang meruap sebelum meresap melalui tanah naik ke permukaan sehingga membentuk gas toksik.

Menurutnya, pelupusan bahan kimia di Sungai Kim Kim bukan satu-satunya sumber gas beracun kerana ia masih berada di sana selepas kawasan berkenaan dibersihkan.

Apa yang kita lihat, kesan pencemaran terbabit memberikan berbagai implikasi negatif antaranya kesihatan penduduk terutama kanak-kanak, proses pembelajaran yang terganggu akibat penutupan sekolah dan sosio ekonomi masyarakat setempat yang terjejas.

Dalam al-Qur’an, Allah SWT mengkhabarkan bahawa kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini antaranya alam sekitar adalah kesan daripada sifat rakus manusia itu sendiri.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat ke-41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Sepatutnya, alam semula jadi yang indah ini dipulihara dengan sebaik mungkin supaya krisis bencana alam yang berlaku sebelum ini tidak lagi berulang.

Penulis ialah penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Islam (Syariah) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Created on .
  • Hits: 4594

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024