USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: SAYEMBARA PUISI PIALA SENATOR AWANG SARIYAN MERAIKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-CHINA

Tunas Cipta
Sayembara Puisi Piala Senator Awang Sariyan Meraikan Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Oleh Abd. Razak Osman | 6 Januari 2024

Screenshot 2024 01 08 at 12.33.21 PM

Pulau Pinang - Bersempena dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-50 telah berlangsung Sayembara Deklamasi Puisi Piala YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan di Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Sebanyak 23 peserta dari institusi pengajian tinggi (IPT) bagi kategori Malaysia dan sebanyak 14 peserta bagi kategori China dari institusi pengajian tinggi (IPT) China yang menyertai Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu (PROPERBM) di USM telah menyertai sayembara ini. Sayembara puisi ini dianjurkan oleh Unit Pemartabatan dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM; Bahagian Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sayembara Puisi tersebut, Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong berkata bahawa peserta memilih untuk mendeklamasikan satu puisi daripada tiga puisi pilihan, iaitu "Bicara di Kaki Gunung Ledang", "Mitos Bahasa" dan «Menuntun Si Merdeka"

Screenshot 2024 01 08 at 12.33.44 PM
Amal Hasif Mohamad Sukri dari UiTM Shah Alam berjaya memperoleh tempt pertama bagi kategori peserta dari
Malaysia.

Kategori peserta dari Malaysia dimenangi oleh Akmal Hasif Mohamad Sukri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, yang telah mendeklamasikan puisi bertajuk "Menuntun Si Merdeka", karya YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. wang Sariyan. Tempat kedua dimenangi oleh Elvienie Petrus dari Universiti Pendidikan Sultan Iris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, manakala tempt ketiga pula menjadi milk Muhammad Faris Figran Muhamad dari Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya, Sepang, Selangor.

Screenshot 2024 01 08 at 12.33.58 PM
Tempat pertama bagi Kategori dari China pula dimenangi oleh Huang Yu dari Universiti Minzu Guangxi China.

Seterusnya, bagi kategori peserta dari China pula, tempat pertama dimenangi oleh Huang Yu dari Universiti Minzu Guangxi China yang turut mendeklamasikan puisi bertajuk "Menuntun Si Merdeka". Manakala tempat kedua menjadi milik Tang Xinyi dari Universiti Komunikasi China dan tempat ketiga dimenangi oleh Zhang Siyu dari Institut Chengdu China.

Menurut Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong,

Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500 (tempat pertama), RM400 (tempt kedua) dan RM300 (tempat ketiga) berserta dengan piala, sijil dan buku yang disampaikan oleh YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Profesor Dr. Salasiah Che Lah mewakili Timbalan Nab Canselor Akademik dan Antarabangsa USM; Konsul Republik China di Pulau Pinang, Puan Zheng Fang;, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Profesor Madya Dr. Jasni Sulong; Pengarah DBP Wilayah Utara, Encik Armin Azhari Saleh dan Timbalan Konsul Republik China di Pula Pinang, Puan Liu Li.

  • Created on .
  • Hits: 358

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024