USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: 'AIR MATA IRINGI RINDU.' KEMBALI NOSTALGIA LEPAS 24 TAHUN, REUNION KUMPUL 61 BEKAS PELAJAR, PENSYARAH KOMUNIKASI USM 95/99

Sinar Plus
‘Air mata iringi rindu.’ Kembalikan nostalgia lepas 24 tahun, reunion kumpul 61 bekas pelajar, pensyarah Komunikasi USM 95/99
Oleh Zaiton Manaf | 21 Disember 2023

Lebih 60 orang alumni Pusat Pengajian Komunikasi, USM tahun 1995/1999 teruja menghadiri majis Reunion Dinner yang diadakan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.

Inisiatif diadakan majlis reunion ini adalah bertujuan untuk menjalin ukhuwah dan ikatan silaturahim sementelah ada yang tidak pernah bertemu selepas tamat pengajian 24 tahun dahulu.

 

Daripada sekadar omongan kosong, akhirnya rancangan bagi merealisasikan majlis ini terlaksana dengan penubuhan jawatankuasa secara sukarela diketuai Khairilazhar Ismail sebagai Pengarah Projek Reunion Dinner Komunikasi USM 95/99.

Majlis bertemakan ‘glamours’ turut dihadiri oleh Mantan Timbalan Naib Canselor, (Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pengurusan Alumni) yang juga mantan Dekan dan Profesor Pusat Pengajian Komunikasi, Dato’ Dr. Adnan Hussien dan isteri Datin Kamaliah Siarap, Mantan pensyarah, Prof. Dr. Mohammed Zin Nordin dan juga Prof.Dr. Mustaffa Kamal Anuar.


Mantan Timbalan Naib Canselor USM yang juga mantan Dekan dan Profesor Pusat Pengajian Komunikasi, Dato’ Dr. Adnan Hussien antara tetamu istimewa yang hadir pada majlis reunion dinner tersebut.

Dalam ucapannya Dr. Adnan menzahirkan setinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang berjaya melaksanakan majlis ini dengan menghimpunkan lebih 60 kehadiran bekas pelajar Komunikasi tahun 1995/1999.

Beliau turut mengimbau kenangan-kenangan manis bersama pelajar yang menarik, indah malah melucukan.

Malah, Dr Adnan turut berbangga dengan pencapaian semua alumni komunikasi dalam kerjaya masing-masing.

 

Seusai ucapan Pengarah Projek dan Dr. Adnan, para alumni dikejutkan dengan tayangan video gabungan ketika konvokesyen dan pelbagai tugasan yang dilatari dengan lagu dari filem Ali Setan yang mengadakan penggambaran di USM ketika itu.

Jelas terpancar wajah-wajah teruja, gembira dan hiba tatkala mengimbau kembali kenangan pahit manis zaman remaja dan bergelar mahasiswa di USM.

Majlis diadakan secara santai itu turut menampilkan persembahan istimewa nyanyian daripada alumni sendiri termasuk Dr. Adnan yang mendendangkan lagu Kamelia.

Rata-rata yang hadir gembira dapat menyertai majlis biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan harian. Pun begitu, mereka masih mampu memberi komitmen demi kawan-kawan dan pensyarah yang sekian lama tidak bertemu.

 

Ada antaranya yang datang dari Pulau Pinang, Johor, Melaka, Perak, Terengganu dan Pahang. Masing-masing mengakui cukup teruja untuk sama-sama memeriahkan majlis yang julung kali diadakan itu.

Bagi menyerik lagian majlis pada hari tersebut, pihak penganjur turut menyediakan hadiah tajaan berupa Tudung Sofearose, Minuman Halavita dan sebiji kek seberat 8kg daripada Pusat Pengajian Komunikasi USM selain sumbangan peribadi daripada bekas pelajar.

  • Created on .
  • Hits: 155

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024