USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: KPT AMBIL LANGKAH SERIUS JADIKAN BAHASA MELAYU AGENDA PENTING PENDIDIKAN TINGGI

Bernama BM
KPT AMBIL LANGKAH SERIUS JADIKAN BAHASA MELAYU AGENDA PENTING PENDIDIKAN TINGGI
5 November 2023

Screenshot 2023 11 07 at 11.12.58 AM

GEORGE TOWN, 4 Nov (Bernama) - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa mengambil langkah serius untuk terus menjadikan bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada agenda penting pendidikan tinggi negara kerana a selayaknya menjadi pemangkin yang memacu
pemugaran atau pembaharuan sistem yang baik dalam diri masyarakat.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata antaranya ialah pelancaran Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

"Di bawah pelan tindakan itu, KPT bersetuju dengan saranan agar mata pelajaran umum universiti yang diwajibkan kepada pelajar antarabangsa boleh digantikan dengan Kursus Bahasa Melayu Komunikasi mengikut kesesuaian dan program pengajian di sesebuah universiti.

"Slain itu, usaha kementerian turut merangkumi penganugerahan tokoh bahasa, penubuhan kursi-kursi bahasa Melayu dan kerjasama eat dengan pelbagai institusi yang menawarkan pengajian berkaitan bahasa Melayu di seluruh dunia.

"Kesemua ini kita ikhtiarkan kerana kita yakin, bahasa Melayu mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan kita mahu lebih ramai lagi yang mendalami bahasa Melayu sebagai bidang yang penting dan berpotensi," katana semasa berucap merasmikan Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2023 kali ke-15 di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini malam ini.

Mohamed Khaled berkata dalam mengangkat kedudukan bahasa Melayu dan prestij pengajian bidang itu, KPT turut mempunyai beberapa sasaran antaranya mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai tarikan dan pengisian dalam menjayakan diplomas pengetahuan.

Belau berkata ini bermakna, dalam membina dan mengukuhkan hubungan antarabangsa yang berasaskan pengetahuan dan ilmu, bahasa Melayu mesti menjadi sebahagian daripada disiplin yang diketengahkan.

"Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa yang sejagat dalam menyerlahkan sistem nilai yang baik khususnya dalam menterjemah agenda negara yang merentas kaum dan bangsa.

"Malaysia MADANI misalnya ialah satu etos nasional yang dipasak pada sistem nilai yang baik yang harus menjadi pegangan dan citra bangs yang dibudayakan dengan penh kesungguhan dan rasa bangga," katanya.

Mohamed Khaled berkata KPT juga menyambut baik ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan semua urusan bertulis dan persuratan rasmi kerajaan dilakukan dalam bahasa Melayu.

"Kita ingin pasakkan secara jelas bahawa bahasa bukan sahaja jiwa bangsa, tetapi juga bahasa ialah suri dan seri negara yang mempunyai kedudukan istimewa. Bukan sekadar menjadi pengisi Perlembagaan, tapa menjadi amalan yang sebenar dalam segenap rang dan disiplin" katanya.

PABM mula diperkenalkan pada 2007 yang mempertandingkan tiga kategori iaitu Alam Melayu disertai peseta dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand, manakala kategori Antarabangsa pula disertai ole negara-negara slain lima negara berkenaan.

Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia pula terbuka kepada pelajar universiti di Malaysia selain dari negara bagi kategori Alam Melayu.

Pusingan awal dan suku akhir diadakan secara dalam talian pada September lepas dan sebanyak tiga peserta terbaik daripada setiap kategori terpilih untuk ke pusingan akhir secara bersemuka yang berlangsung di USM malam ini.

Sebanyak tujuh negara yang terlibat dalam pusingan akhir iaitu Malaysia, Brunei, Uzbekistan, China, Bangladesh, Sudan dan Timor-Leste.

Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tuna sebanyak RM10,000 berserta piala pusingan dan piala iringan, manakala naib johan pula menerima hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 dan RM5,000 bagi tempat ketiga.
- BERNAMA

  • Created on .
  • Hits: 157

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024