USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: MASYARAKAT LUAR BANDAR TERPAKSA PILIH RAWATAN TRADISIONAL

Sinar Harian
Kanser: Masyarakat luar bandar terpaksa pilih rawatan tradisional
Oleh ASWANY OMAR | 1 Oktober 2023

Hilmi (depan, tiga dari kiri) bersama tetamu Karnival Kesejahteraan Payudara Peringkat Negeri Kelantan pada Ahad.
Hilmi (depan, tiga dari kiri) bersama tetamu Karnival Kesejahteraan Payudara Peringkat Negeri Kelantan pada Ahad.

PASIR MAS - Masyarakat di luar bandar terpaksa memilih rawatan tradisional merawat kanser berikutan ketiadaan akses kepada klinik kesihatan dan hospital.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah bagaimanapun berkata, kerajaan negeri kini berusaha meningkatkan kesedaran penduduk di pedalaman dengan memilih kaedah saringan awal di klinik kesihatan.

Menurut beliau, pihaknya mengadakan banyak kerjasama dengan agensi kesihatan termasuk Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Kesihatan negeri untuk memberi pendedahan pengetahuan mengenai kesihatan.

"Kita cuba menghapuskan kepercayaan khurafat supaya mereka yang mempunyai penyakit moden mencari kaedah secara perubatan itu juga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Kesejahteraan Payudara Peringkat Negeri Kelantan pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Shaharum Shamsuddin dan Pensyarah dan Pakar Perunding Patologi USM, Profesor Madya Dr Wan Faiziah Wan Abdul Wan Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Hilmi memberitahu, di peringkat negeri, Agenda Kelantan Sihat turut memastikan rakyat celik kesihatan dan menggunakan manfaat yang diberikan untuk mendapatkan rawatan.

"Kita menyediakan peruntukan tambang kepada pesakit kronik yang layak dan mereka perlu mengisi borang dan menunjukkan laporan kesihatan," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, perkara utama ialah melakukan pengesanan penyakit dengan lebih awal supaya peluang sembuh lebih cerah.

  • Created on .
  • Hits: 148

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024