USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: USM SEDIA JALIN KERJASAMA DALAM BIDANG PENYELIDIKAN

My Metro
USM sedia jalin kerjasama dalam bidang penyelidikan
Oleh Hidayatidayu Razali | 4 Oktober 2023

Kota Bharu: Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian sentiasa memberi ruang kepada syarikat untuk menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan bagi memastikan produk keluaran selamat digunakan masyarakat.

Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Shaharum Shamsuddin berkata, sehingga kini lebih tiga syarikat pengeluar produk antaranya kosmetik, perubatan dan makanan serta gantian tulang menjalinkan kerjasama dengan universiti awam itu.

"USM sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dan kita menyediakan fasiliti untuk membuat penyelidikan produk, manakala syarikat memberi sokongan dari segi kewangan.

"Dari segi kos, ia juga lebih murah berbanding penyelidikan dengan universiti luar negara. USM juga mempunyai kemudahan rumah haiwan yang lebih baik untuk membuat kajian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menandatangani Memorandum Perjanjian Geran Kajian antara USM dan ZN Abqary Enterprise yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Shahfieq Senan.

Katanya, USM mempunyai sekumpulan saintis mengikut bidang kepakaran masing-masing.

FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.

SHAHARUM (dua kiri) diiringi oleh  Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Dr Wan Rosli Wan Ishak (kiri) bertukar dokumen  dengan Mohd Shahfied (dua kanan) dan Ketua Pegawai Pemasaran, Muhamad Azhar Hasan (kanan) selepas menandatangani Memorandum Perjanjian Geran Kajian antara USM dan ZN Abqary Enterprise di USM Kampus Kubang Kerian. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024