USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: KOMITED KAJI EKOLOGI, TANGANI KACAU GANGGU GAGAK - DATUK BANDAR MBSP

Bulletin Mutiara
Komited kaji ekologi, tangani kacau ganggu gagak – Datuk Bandar MBSP
19 September 2023


MoU berkaitan antara pihak MBSP dan USM di Menara Bandaraya di sini tadi.


AZHAR Arshad

MoU itu, menurut Azhar, membolehkan kedua-dua belah pihak mengkaji ekologi burung gagak serta
menetapkan kaedah mengawal habitat perosak tersebut, di samping meningkatkan kesedaran komuniti setempat.

“MBSP senantisa berusaha meneroka kaedah dan pendekatan baru dalam memastikan Seberang Perai
terpelihara daripada kacau ganggu persekitaran,” jelasnya sebelum menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan
Tindakan Pencegahan dan Kawalan Kacau Ganggu Burung Gagak MBSP 2023-2030 (PETEGAK-MBSP) di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya di sini pada 19 September 2023.

Setiausaha Bandaraya MBSP, Baderul Amin Abd. Hamid turut menyaksikan majlis pemeteraian MoU tersebut.

Serentak pada majlis sama, Azhar turut menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan siri Ops Crow Sharpshooter Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Wong Boon Kiat; dan Hamdan Ismail (pemenang Ops Crow Sharpshooter Peringkat Daerah Seberang Perai Utara dan Negeri).

Buletin Mutiara difahamkan, sehingga Ogos 2023 sejumlah 17,118 ekor gagak berjaya ditembak dalam lima siri Ops Crow Sharpshooter yang dianjurkan peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.

Sebelum itu, Azhar mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Ke-591 (Bil.9/2023) di sini.

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

  • Created on .
  • Hits: 189

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024