USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: MBSP, USM BAKAL METERAI MOU TAMBAH BAIK OPERASI HAPUS GAGAK

Bulletin Mutiara
MBSP, USM bakal meterai MoU tambah baik operasi hapus gagak
Oleh ZAINULFAQAR YAACOB | 13 September 2023


AZHAR Arshad (atas, tengah) semasa membentangkan Bajet 2024 MBSP di Menara Bandaraya di sini pada 13 September 2023.

SEBERANG JAYA – Sempena sambutan Bulan Bandaraya, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) usahasama penyelidikan bersama-sama Universiti Sains Malaysia (USM) pada 19 September ini untuk menambah baik keberkesanan operasi penghapusan gagak yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Datuk Bandar MBSP, Dato’ Azhar Arshad berkata sehingga Ogos 2023 sejumlah 17,118 ekor gagak berjaya ditembak dalam lima siri Ops Crow Sharpshooter yang dianjurkan peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.

“Pada tahun 2024, MBSP akan melaksanakan fasa pertama Pelan Tindakan Kacau Ganggu Burung Gagak (PETEGAK) yang mana dalam tujuh siri (penganjuran) di seluruh bandar raya Seberang Perai,” jelasnya semasa membentangkan Bajet 2024 MBSP di Menara Bandaraya di sini pada 13 September 2023.

Beliau berkata inisiatif PETEGAK adalah merupakan sebahagian usaha MBSP dalan memastikan kebersihan, kehijauan dan keselamatan bandar raya terus terjamin di Seberang Perai.

Untuk tujuan sama, beliau berkata belanjawan MBSP pada tahun hadapan turut memperuntukan sebanyak RM1.3 juta untuk pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di samping kerja-kerja penyelenggaraan CCTV (RM1.25 juta).

Katanya lagi, MBSP memperuntukan RM14.2 juta untuk pembayaran bil-bil lampu awam; dan kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan (RM2 juta).

Dalam perkembangan berkaitan, Azhar berkata pentadbirannya turut akan memanfaatkan RM495,000 peruntukan Persekutuan untuk projek pemasangan lampu LED solar pintar di sekitar Seberang Perai, di samping RM1.76 juta untuk kerja-kerja menaik taraf lampu jalan di Kawasan Perindustrian Berintegrasi sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

  • Created on .
  • Hits: 214

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024