USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: SPICES RM2.4 JUTA JADI PUSAT IKONIK PPSP USM

Head Topics
SPICES RM2.4 juta jadi pusat ikonik PPSP USM
18 September 2023

SPICES RM2.4 juta jadi pusat ikonik PPSP USM
KOTA BHARU: Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) yang bernilai RM2.4 juta menjadi pusat ikonik untuk Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) menggabungkan idea sains, seni dan dilengkapi inovasi teknologi bertaraf dunia.

KOTA BHARU: Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) yang bernilai RM2.4 juta menjadi pusat ikonik untuk Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) menggabungkan idea sains, seni dan dilengkapi inovasi teknologi bertaraf dunia. “Usaha pembinaan galeri mengambil masa lebih tiga tahun bermula ketika negara dilanda pandemik Covid-19 manakala usaha pengumpulan organ mengambil masa 40 tahun, iaitu sejak awal penubuhan Hospital USM (Hospital USM) Kubang Kerian pada tahun 1984.

“Galeri ini akan menjadi sesuatu yang sangat berharga kepada pelajar dan ia juga dibuka kepada orang awam sekali gus dapat memberi manfaat kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian SPICES di USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, di sini hari ini.

Dr. Abdul Rahman memberitahu, daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.6 juta digunakan untuk reka bentuk dan pembinaan galeri. Katanya, RM800,000 lagi digunakan untuk menyediakan perabot dan semua peralatan yang diperlukan. Spesimen di dalam galeri juga bertukar-tukar mengikut tema pengajian dan perkembangan semasa. headtopics.com

“Untuk pelajar-pelajar pula kita boleh bawa mereka ke tempat sepatutnya bersesuaian dengan pembelajaran dan kajian yang dijalankan. Jadi pelajar boleh datang pada bila-bila masa dan menjalankan perbincangan di galeri ini.

  • Created on .
  • Hits: 178

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024