USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: SPICES USM TEMPATKAN LEBIH 200 SPESIMEN ORGAN MANUSIA

Bernama BM
SPICES USM TEMPATKAN LEBIH 200 SPESIMEN ORGAN MANUSIA
18 September 2023

Screenshot 2023 09 19 at 11.55.16 AM

KOTA BHARU, 18 Sept (Bernama) - Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) bernilai RM2.4 juta yang menempatkan lebih 200 spesimen manusia, dikatakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Naib Canselor USM Kampus Kesihatan Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed berkata SPICES turut dilengkapi kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkonsepkan tiga dimensi (3D), realiti maya (VR) dan realiti perantara (AR) di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) universiti itu di sini.

"Organ dan spesimen asli diambil melalui proses biopsi tisu atau pengambilan tisu pesakit daripada anggota badan, kemudian diawet dan dipamerkan termasuk sel kanser serta ketumbuhan, di dalam galeri berkenaan untuk P&P.

"Organ dan spesimen ini diambil daripada tubuh pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian sejak hospital berkenaan ditubuhkan hampir 40 tahun lepas," katana kepada pemberita selepas merasmikan SPICES di PPSP, Kubang Kerian di sini hari ini.

Dr Abd Rahman berkata galeri berkenaan dilengkapi dengan imbasan kod QR yang dipamerkan, panel interaktif, sistem audio, VR dan AR serta pemetaan 3D organ manusia yang pastinya akan member pengalaman baharu kepada pengunjung.

"Galeri interaktif in juga merupakan tempat pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta menjadi lokasi ikonik untuk PPSP.

"SPICES merupakan satu-satunya galeri yang menggabungkan idea sains dan seni serta memberi kelainan bukan hanya kepada USM, tetapi juga Pusat Pengajian Sains Perubatan di Malaysia," katanya.

Belau berkata galeri berkenaan tidak terhad kepada pelajar Program Doktor Perubatan PPSP sahaja, tetapi menjadi rung P&P yang sesuai untuk pelajar di Kampus Kesihatan USM termasuk Ijazah Sarjana, selain turut dibuka kepada orang awam bag menarik minat terhadap ilmu sains dan kesihatan khususnya perubatan.

Katanya, SPICES dibangunkan berdasarkan idea asal untuk menubuhkan Muzium Patologi, selain a menjadi bukti komitmen USM terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam pendidikan serta penyelidikan.
- BERNAMA

  • Created on .
  • Hits: 215

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024