USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: USM, MINDRAY BANGUNKAN PUSAT PEMBELAJARAN ULTRABUNYI DI HUSM

Bernama BM
USM, MINDRAY BANGUNKAN PUSAT PEMBELAJARAN ULTRABUNYI DI HUSM
10 September 2023

Screenshot 2023 09 11 at 12.37.20 PM
Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Prof Dr Shaharum Shamsuddin (kanan) melakukan demonstrasi penggunaan mesin ultrasound yang disumbangkan Mindray sempena Majlis Perasmian USM-Mindray Sonoschool bersama Pengurus Pemasaran Mindray Kurt Xie (kiri) di Hospital USM Kubang Kerian disini hari ini.

KOTA BHARU, 10 Sept (Bernama) - Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dengan kerjasama pengedar mesin ultrabunyi dari China, Mindray mewujudkan pusat pembelajaran berkaitan sonografi bag mengoptimumkan kepakaran pelajarnya dalam bidang berkenaan Pengarah Kampus Kesihatan USM Prof Dr Shaharum Shamsuddin berkata projek yang dikenali sebagai USM-Mindray Sonoschool itu dibangunkan berdasarkan memorandum perjanjian yang dimeterai pada 2021.

"Melalui kerjasama ini, USM menerima sumbangan empat mesin ultrabunyi selain baik pulih sebuah bilik di bangunan unit kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUM) dengan keseluruhan kos berjumlah RM1 juta yang ditanggung sepenuhnya oleh Mindray dan akan memulakan kelas pembelajaran hari ini.

"Projek ini dibangunkan bagi member latihan dan pembelajaran kepada pelajar program doktor perubatan, sarjana perubatan dan subkepakaran mendalami bidang ultrabunyi secara lebih efisien berbanding pembelajaran di lapangan atau unit kecemasan sebelum ini," katanya.

Belau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian USM-Mindray Sonoschool di USM Kubang Kerian, di sini har ini, yang turut dihadiri Pengurus Pemasaran Mindray Kurt Xie.

 

  • Created on .
  • Hits: 144

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024