USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: USM, ACEIO KERJASAMA TINGKATKAN KUALITI PROFESIONALISME DALAM BIDANG INTEGRITI

Bernama BM
USM, ACEIO KERJASAMA TINGKATKAN KUALITI PROFESIONALISME DALAM BIDANG INTEGRITI
30 Ogos 2023

Screenshot 2023 09 01 at 10.02.42 AM

GEORGE TOWN, 30 Ogos (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan Program USM Certified Professional in Integrity Assurance and Management 2023 (CPIAM), dengan kerjasama Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACelO) Malaysia, bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan perkembangan profesionalisme dalam bidang integriti.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM Prof Dr Noor Hazlina Ahmad berkata program in akan dimulakan pada 2 Sept dengan peserta khusus dari FGV Holdings Bh, yang mana kaedah penyampaiannya adalah hibrid iaitu melalui pendekatan bersemuka dan webinar.

"Program ini direka untuk memperkasa peserta dengan pengetahuan yang kukuh tentang integriti dan pengurusan dalam era digital merentasi pelbagai subiek dan membolehkan mereka mencorak pencapaian terbaik dalam dunia pengurusan perniagaan.

"Setiap sesi akan berlangsung selama lapan minggu dan program ini julung kali diadakan dengan kerjasama ACelO, katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran program itu di sini hari ini.

Sementara itu, Nab Canselor USM, Profesor Datuk Dr Abdul Rahman Mohamed berkata kerjasama antara universiti dan industri seperti in adalah usaha dalam menyelesaikan ketandusan pakar dan profesional yang dilatih khusus untuk mendidik masyarakat Malaysia dalam bidang integriti dan antirasuah.

Katanya Program CPIAM yang dipelopori oleh Pusat Pengajian Pengurusan USM ini adalah langkah positif dalam memastikan bahawa modal insan dalam negara dilengkapi dengan pakar yang tahu berkongsi dan mengajar nilai-nilai integriti yang kukuh untuk menghadapi realiti dunia yang seringkali mencabar.

"Program CPIAM in akan menawarkan kursus-kursus dari segi pendekatan teori dan praktikal untuk memberikan pandangan komprehensif tentang isu-isu integriti, keselamatan siber dan digital, serta pengetahuan dan kemahiran bagi pelbagai isu pengurusan," katanya.
-- BERNAMA

  • Created on .
  • Hits: 221

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024