USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: BURUNG PUNGGUK JELAPANG HINDARI TIKUS PEROSAK DI LADANG PERTANIAN, SUB BANDAR

Bernama BM
BURUNG PUNGGUK JELAPANG HINDARI TIKUS PEROSAK DI LADANG PERTANIAN, SUB BANDAR
27 Ogos 2023

Screenshot 2023 08 28 at 3.28.49 PM

KOTA BHARU, 27 Ogos (Bernama) -- Kewujudan populasi burung pungguk jelapang atau lebih dikenali burung hantu di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, merupakan projek rintis pertama di neger it sebagai kaedah kawalan biologi yang berkesan untuk menangani tikus perosak.

Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti USM Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata kajian yang dilakukan hampir di seluruh negara menunjukkan, tahap kecekapan yang sangat tinggi dalam penggunaan burung pungguk jelapang, sebagai kaedah kawalan tikus di ladang pertanian dan kawasan sub bandar.

"Selaras dengan hasil kajian ini, usaha kerjasama USAINS dan Barn Owl Research Center@USM di kampus kesihatan ini, akan berfungsi sebagai hub untuk pembangunan populasi burung pungguk.

"Program in bertujuan memberi perkhidmatan kawalan tikus perosak di dalam kampus dan kawasan sawah, yang terletak berdekatan dengan kampus di sepanjang Sungai Kemasin, Bachok," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan USAINS Barn Owl Research Center@USM Kubang Kerian dan penukaran nama USAINS Healthcare, sempena 25 tahun dalam industri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Adek berkata projek ini juga dijangka akan menyokong amalan pertanian mesra alam, di samping membantu petani dalam meminimumkan kerugian tanaman disebabkan oleh aktiviti tikus, yang merosakkan hasil di ladang dan sawah padi.

"Secara khususnya penubuhan hub in dapat memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan, iaitu tiada kemiskinan, kelaparan sifar, akses kepada pendidikan berkualiti, pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi, melestarikan penggunaan mampan ekosistem darat serta memenuhi tanggungjawab sosial korporat USAINS terhadap komuniti di Kubang Kerian.

"Pelaksanaan projek dengan prinsip-prinsip kelestarian alam, manfaat sosial dan pengurusan yang beretika pastinya akan member impak positif secara holistik," katanya.
- BERNAMA

  • Created on .
  • Hits: 237

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024