BERITA DALAM TALIAN: USM UNJUR POTENSI BESAR PEMBANGUNAN EKOSISTEM TEKNOLOGI AEROANGKASA DI MALAYSIA
Bernama
USM UNJUR POTENSI BESAR PEMBANGUNAN EKOSISTEM TEKNOLOGI AEROANGKASA DI MALAYSIA
Oleh Farhana Poniman | Isnin, 26 Jun 2023
GEORGE TOWN, 26 Jun (Bernama) - Universiti Sains Malaysia (USM) yang dijadual melancarkan satelit pertamanya ke angkasa di Rusia esok, mengunjurkan potensi besar dalam pembangunan ekosistem teknologi aeroangkasa di negara ini, melalui kerjasama ahli akademik, pemain industri dan pengawal selia.
Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeorangkasa, Kampus Kejuruteraan USM Prof Dr Farzad Ismail berkata universiti it memeterai perjanjian jangka panjang dengan firma teknologi aeroangkasa tempatan, Angkasa-X Innovation Sdn Bh bag membangunkan dan melancarkan sekurang-kurangya 400 satelit Orbit Rendah Bumi (LEO).
"Fungsi satelit ini amnya untuk menyampaikan liputan Internet yang lebih baik, terutama di kawasan luar bandar, sekali gus memberikan manfaat kepada pelajar di sana. Memandangkan kos memasang gentian optik adalah tinggi, penggunaan satelit adalah satu-satunya kaedah yang boleh dilaksanakan serta selari dengan USM, kerana kami bermatlamat membantu golongan berpendapatan renda dan meningkatkan sosioekonomi mereka.
"Kami di USM ada kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi satelit, namun pembangunan teknologi ini memerlukan modal besar. Kami tersekat di peringkat ini buat seketika hinggalah Angkasa-X tampil dan bersedia menyalurkan dana," katanya kepada Bernama.
Di bawah perjanjian itu, Angkasa-X akan melaburkan sejumlah RM30 juta untuk menubuhkan stesen teknologi aeroangkasa di Kampus Kejuruteraan USM di Nibong Tebal yang dijangka beroperasi dalam tempoh tiga bulan bagi menerima isyarat daripada satelit di angkasa.
MISI MELAHIRKAN JURUTERA SATELIT
Beliau berkata universiti pula akan menumpukan pada pembangunan modal insan, khususnya untuk melahirkan jurutera satelit melalui program yang akan bermula pada Januari tahun depan.
"Menerusi dana daripada Angkasa-X, kami kini bole menumpukan pada usaha mengeluarkan jurutera satelit yang tidak kurang pentingnya, kerana sebagus mana sekalipun teknologi, tidak akan berfungsi tapa tenaga manusia.
"Pada masa ini, fakulti kami menerima kira-kira 1,000 pendaftaran pada setiap pengambilan, namun tempat mash terhad disebabkan saiz fasiliti kami. Sehubungan itu, kami hanya dapat menerima 60 hingga 70 pelajar pada setiap pengambilan," tambahnya.
Beliau berkata kerjasama dengan Angkasa-X akan turut membantu dari segi peluang pekerjaan but pelajar terbabit selepas mereka menamatkan pengajian, memandangkan tidak banyak peluang yang ditawarkan dalam bidang itu di Malaysia but masa ini.
Pensyarah kanan Dr Siti Harwani Md Yusof pula berkata walaupun satelit tempatan ini belum mampu bersaing dari segi teknologi dengan pemain industri yang telah kukuh, USM ada kelebihan dalam bentuk kos kerana ia memanfaatkan sumber tempatan di Pulau Pinang yang merupakan hab bagi semikonduktor dan elektronik.
"Menerusi dana daripada Angkasa-X, kami ada perancangan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D bagi meningkatkan teknologi kami. Bagaimanapun, kami boleh mengurangkan kos bagi menarik pelanggan berpotensi di rantau Asia Tenggara dalam jangka masa singkat.
"Oleh sebab kami mengeluarkan satelit menggunakan sumber dan jurutera tempatan, kami bole menawarkan satelit ini pada kos lebih rendah berbanding yang ditawarkan ole syarikat di Eropah, Amerika Svarikat (AS) dan Jepun. Apabila pelaburan dan permintaan mula masuk, kami boleh menambah baik R&D. Ini adalah rancangan kami bagi melonjakkan industri" katanya.
PELUANG LUAS INDUSTRI MANFAATKAN SATELIT
Beliau berkata satelit A-SEANSAT-PG1 milik Angkasa-X yang akan dilancarkan di Rusia esok, bukanlah satelit terakhir yang dilancarkan tahun ini.
Sebaliknya, USM menerusi syarikat hiliran Spaceln Sdn Bhd, merancang untuk melancarkan satelit kiub poket pada Oktober depan, menggunakan pelancar SpaceX di California, AS.
Siti Harwani berkata satelit kiub poket adalah kecil dengan berat tidak sampai satu kilogram, berperanan menyimpan dan menghantar data ke stesen bumi.
Walapun kecil dan ringkas, beliau berkata satelit terbabit adalah bermanfaat bagi industri seperti pertanian, minyak dan gas (O&G) serta syarikat pembekal tenaga.
"Satelit akan mengelilingi bumi, melintasi sensor di kawasan pertanian, mengumpul data dan memuat turn data terbabit ke stesen bumi kami di USM. Pelanggan dalam sektor pertanian boleh mendapatkan data seperti jejak karbon, paras kelembapan tanah dan kesuburan kawasan.
"Syarikat 0&G pula boleh menggunakan satelit ini dengan meletakkan sensor di pelantar minyak mereka yang ada di tengah-tengah laut bagi memantau suhu atau apa sahaja yang mereka perlukan. Perkhidmatan satelit amat berguna kerana liputan Internet di kawasan terbabit biasanya kurang bagus.
"Satu lagi contoh ialah syarikat utiliti yang mengoperasikan loji jana kuasa, ladang tenaga solar atau stesen kuasa hidro di tengah-tengah hutan. Menerusi perkhidmatan satelit, syarikat terbabit dapat memantau loji tanpa perlu menghantar tenaga manusia ke kawasan tersebut," katanya.
MALAYSIA BAKAL MILIKI PELANCAR ROKET 20 TAHUN LAGI?
Walaupun USM ada keupayaan mengeluarkan satelit, buat masa ini satelit terbabit perlu "menumpang" pelancar roket di AS dan Rusia. Bagaimanapun Farzad berkata universiti itu merancang untuk membina pelancar roket sendiri apabila ekosistem teknologi aeroangkasa di Malaysia semakin kukuh.
Beliau berkata USM juga bekerjasama dengan Angkasa-X dan rakan kongsi dari Rusia, SPUTNIX, yang turut merangkumi pemindahan teknologi dan pengetahuan dalam jangka panjang.
Mengulas mengenai garis masa matlamat itu, Siti Harwani berkata perancangan itu mungkin mengambil masa 10 hingga 20 tahun untuk direalisasikan kerana usaha tersebut memerlukan penyelidikan menyeluruh dari segi teknologi dan lokasi.
"Pemilihan lokasi menjadi cabaran kerana kami perlu mengambil kira pelbagai perkara seperti warisan masyarakat, akses bekalan bahan api yang banyak, selain kawasan yang luas untuk menerima roket pendorong yang akan jatuh," tambah beliau.
-- BERNAMA
- Created on .
- Hits: 280