USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: PTPTN PRERUNTUK RM231,000 UNTUK 462 PELAJAR USM

MALAYSIA GAZETTA
PTPTN peruntuk RM231,000 untuk 462 pelajar USM
Oleh Wartawan MalaysiaGazette | 3 April 2023


Mohamed Khalid (dua kanan) menyerahkan Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin di Masjid Al-Malik Khalid, USM pada 2 April 2023.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan sebanyak RM231,000.00 kepada 462 orang pelajar di Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan peminjamnya daripada golongan miskin dan miskin tegar di bawah inisiatif Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin.

Setiap pelajar yang layak telah menerima bantuan sebanyak RM500 secara one-off dan disalurkan ke dalam akaun bank pelajar.

Pelaksanaan program ini juga adalah dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan USM bagi memastikan penerima adalah dari kumpulan sasaran yang layak.

Penyampaian Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan di Masjid Al-Malik Khalid USM sempena Majlis Iftar USM yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi.

“Diharapkan inisiatif Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin ini memberi sinar kepada para pelajar untuk terus mencipta kejayaan hebat dalam akademik dan sahsiah, sekali gus menjadi kebanggaan ibu dan ayah,” kata PTPTN.

PTPTN yang ditubuhkan pada tahun 1997 diamanahkan untuk menyediakan pinjaman pendidikan kepada warganegara Malaysia yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT tempatan sama ada awam atau swasta yang diiktiraf oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

  • Created on .
  • Hits: 265

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024