USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: USM MENANG ANUGERAH KECEMERLANGAN PINGAT PERAK TADBIR URUS KELAB PERKIM UNIVERSITI 2023

SUARA.TV
USM Menang Anugerah Kecemerlangan Pingat Perak Tadbir Urus Kelab Perkim Universiti 2023
Oleh Ahmad Fansuri Mohd Nasir | 1 April 2023

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Sains Malaysia (PERKIM USM) telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus Kelab Perkim Universiti Pingat Perak buat julung kalinya.

Anugerah disampaikan oleh Yang Dipertua Perkim Kebangsaan yang juga bekas Perdana Menteri YBHG Tun Dr. Mahathir bin Mohamed.

Pada majlis tersebut, mereka menerima piala, sijil dan wang berjumlah RM700.

Menurut Yang Dipertua PERKIM USM Muhamad Firdaus Bin Mohd, Kejayaan yang diraih oleh USM ini adalah kemenangan ini mampu memberi suntikan kepada semua ahli PERKIM yang berjumlah 350 orang.

“Anugerah ini dinilai dari segi bagaimana sesuatu tadbir urus berbentuk pendokumentasian, laporan kejayaan dan sebagainya,

“Harapan kami semoga dengan kemenangan ini mampu mampu memberi suntikan kepada semua ahli Perkim yang berjumlah 350 orang.” katanya kepada SuaraTV.

Kata Muhamad Firdaus lagi, beliau bersama kepimpinan tertinggi Perkim USM akan berusaha menyebarkan dakwah khususnya dalam kalangan orang bukan Islam mendapat sambutan dalam kalangan mahasiswa.

Turut hadir isteri Tun Dr Mahathir Mohamed, YBHG Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pada majlis tersebut, Perkim USM diwakili Majlis Tertingginya iaitu Muhamad Firdaus Mohd Nazri, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman, Muhammad Nor Azlan Yusof dan Aqil Irfan Amiriza.

Selain itu, anugerah kecemerlangan Yang Dipertua dan Kelab PERKIM Universiti (KPU) juga disampaikan kepada para pemenang.

  • Created on .
  • Hits: 148

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024