USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: USM KUTIP ZAKAT LEBIH RM 3 JUTA

BERNAMA

USM kutip zakat lebih RM 3 juta

26 Februari 2023

Screenshot 2023 03 03 at 4.30.36 PM

GEORGE TOWN, 26 Feb (Bernama) - Universiti Sains Malaysia (USM) mencatatkan kutipan zakat pada tahun lepas sebanyak RM3,042,966.41 melalui kutipan individu, sumbangan korporat dan pihak luar yang berhajat memberikan zakat.

Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Datuk Seri Dr wang Adek Hussin berkata sebanyak 50 peratus daripada hasil kutipan berkenaan yang berjumlah RM1,521,483.20 telah dipulangkan semula oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada USM.

"Daripada jumlah itu, USM telah mengagihkan semula sejumlah RM1,505,700 kepada 1,365 pelajar asnaf universiti in iaitu meliputi empat golongan asnaf pelajar yang dibenarkan termasuk fakir, miskin, fisabilillah dan mualaf.

"Kejayaan ini telah member manfaat yang bear kepada pihak yang memerlukan dan Pusat Islam USM boleh melihat kaedah terbaik yang boleh diperkasakan bagi meneruskan kejayaan ini di masa hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berharap agar Pusat Islam USM dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama pintar bersama PP dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam mencari medium terbaik sebagai rakan strategik untuk maju ke hadapan.

Sementara itu, Awang Adek berkata USM turut melancarkan Skim Asnaf Qurratu Ain@Pusat Islam yang bertujuan member fokus kepada bantuan awal pendidikan kepada anak-anak staf dan kariah Masjid al-Malik Khalid USM.

Katana menerusi skim yang dikelolakan di bawah Sektor Pendidikan dan Kesejahteraan Keluarga serta Sektor Zakat Pusat Islam it, anak-anak staf dan kariah masjid akan diterapkan dengan pendidikan awal berkaitan hal ehwal Islam melalui dana daripada Zakat@Pusat Islam USM.

"USM juga melancarkan Buku Rekod Pemerhatian Hadanah yang dibangunkan oleh Pusat Islam USM yang boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh pihak lain dalam urusan hadanah (hak penjagaan anak), tadika dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA)" katanya - BERNAMA

  • Created on .
  • Hits: 263

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024