USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: TERAJU, USM RANCAKKAN PASARAN GULA APONG, MADU KELULUT

Utusan Sarawak

TERAJU, USM rancakkan pasaran gula apong, madu kelulut

25 February 2023


Program TERAJU Wilayah Sarawak Zarifhadi Bujang bersama rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia hari ini.

KUCHING: Kerjasama antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bakal merancakkan lagi pasaran gula apong dan madu kelulut di negeri ini.

Menurut Ketua Program TERAJU Wilayah Sarawak Zarifhadi Bujang, menerusi Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) yang telah diluluskan tahun ini, program itu bakal melibatkan 16 lokasi seluruh sarawak.

“Bagi 2023, ada 16 lokasi semua sekali di bawah kerjasama dengan USM, kami juga akan bekerjasama dengan pihak-pihak daripada agensi kerajaan Sarawak dan agensi lain di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Penyelaras Jaringan Komuniti (USM) Muhamad Nur Hazim berkata, projek itu bakal membawa manfaat kepada komuniti di Sarawak terutamanya dalam peralihan ekonomi masyarakat dari golongan B40 ke M40.

“Projek-projek ini bakal membawa manfaat kepada komuniti di Sarawak dan mampu mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan daripada B40 ke M40,” ujarnya.

  • Created on .
  • Hits: 287

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024