USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: PINTAR & DISEGANI, BIOGEL BAIT CIPTAAN SAINTIS PRO MADYA DR NUR FAEZA ABU KASSIM LAWAN DENGGI HABIS-HABISAN

Nona

Pintar & Disegani, BIOGEL BAIT Ciptaan Saintis Prof Madya Dr Nur Faeza Abu Kassim Mampu Lawan Denggi Habis-Habisan

Oleh Norzalina | 21 February 2023

Screenshot 2023 03 01 at 4.11.12 PM

Di sebalik wajahnya yang cantik dan menawan, wanita jelita yang merupakan pensyarah dan penyelidik kawalan vektor serta penyakit bawaan nyamuk terutamanya Aedes dan culex di Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, Prof Madya Dr Nur Faeza Abu Kassim sebenarnya cukup bimbangkan peningkatan kes demam denggi di negara ini.

Turut bergelar Medical Entomologist, kepakaran sains Prof Madya Dr Nur Faeza juga membuatkan beliau dilantik sebagai Pengerusi COMBI Neger Pula Pinang/USM. Saintis dari USM itu mendapat perhatian baru-baru ini apabila beliau memperkenalkan inovasi baharu untuk mencegah nyamuk Aedes.

Dikenali sebagai BioGel, Prof Madya Dr Nur Faeza berjaya mencipta manik hidrogel yang mampu menarik dan membunuh nyamuk serta penggunaan tumbuhan tempatan untuk menghalau nyamuk Aedes.

Bercakap kepada Utusan, wanita pintar dan disegani masyarakat itu tidak keberatan berkongsi rahsia ciptaannya yang diakui mampu membantu masyarakat sekaligus sektor kesihatan.

"BioGel Bait menggunakan sugar bait technology iaitu memanipulasikan cara pemakanan vektor bertindak dengan kaedah serang dan bunuh. Ia bertujuan memusnahkan nyamuk Aedes iaitu vektor demam denggi dalam semua peringkat kitar hidup termasuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk." Prof Madya Dr Nur Faeza

Screenshot 2023 03 01 at 4.30.51 PM

Menurut Prof Madya Dr Nur Faeza lagi, Biogel Bait berasaskan campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan tempatan ialah salah satu kaedah kawalan biologi yang bersifat mesa alam sekitar dan selamat kepada manusia serta haiwan.

Jelasnya, Biogel Bait itu juga mudah digunakan, mesa pengguna malah rendah kos pembuatan. Ia juga sesuai digunakan di dalam dan di luar kawasan rumah, malah boleh diperoleh dengan harga RM10 untuk sebulan penggunaan. Bukan itu saja, saints hebat ini turut berkongsi rahsia alam dengan memperkenalkan produk herba anti-Aedes iaitu:
• Limau Kasturi
• Pokok Basil
• Pokok Pudina

Screenshot 2023 03 01 at 4.33.45 PM

Screenshot 2023 03 01 at 4.35.04 PM

"Pokok yang paling berkesan dan mudah setakat ini ialah pokok basil yang selalunya dijadikan ulam manakala limau kasturi dan pudina memerlukan tempo tertentu untuk berupaya menghalau nyamuk
Aedes." Prof Madya Dr Nur Faeza

Beliau sempat berpesan kepada masyarakat agar menyokong usaha pencegahan nyamuk Aedes dengan sentiasa menjaga kebersihan serta tidak membiarkan air bertakung yang membolehkan nyamuk Aedes membiak.

 

 

 

  • Created on .
  • Hits: 386

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024