USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: RAJA MUDA PERLIS SAKSIKAN KONSERT TEATER P RAMLEE DI USM

BERITA HARIAN ONLINE

Raja Muda Perlis saksikan konsert teater P Ramlee di USM

Sabtu, 1 Oktober 2022 | 6:12pm

Raja Muda Perlis (tiga dari kiri) bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (dua dari kiri) beramah mesar bersama pelakon utama konsert teater P Ramlee.
Raja Muda Perlis (tiga dari kiri) bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (dua dari kiri) beramah mesar bersama pelakon utama konsert teater P Ramlee.

GEORGETOWN: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, berkenan berangkat menyaksikan 'Penang Exchange 2022 : Theatrical Concert - Malam P Ramlee : Cinta & Lagunya'di sini, malam tadi.

Teater menampilkan selebriti Arja Lee dan Farhan Azizan anjuran Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) itu dipersembahkan di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Keberangkatan tiba baginda berdua dengan diiringi anakanda Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana, disambut oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Prof Dr Azlinda Azman dan Presiden MCC, Nik Faiz Nik M Amin.

Turut berangkat Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Toh Puan Khadijah Mohd Nor.

MCC adalah sebuah pertubuhan yang bertujuan memelihara serta memperkasakan industri kraf di Malaysia amnya.

Persembahan konsert teater P Ramlee di USM Pulau Pinang.
Persembahan konsert teater P Ramlee di USM Pulau Pinang.

Pertubuhan itu mengetengahkan industri seni kraf Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui beberapa pendekatan diusahakan ahli pertubuhan yang kebanyakannya penggiat kraf tempatan.

Melalui kenyataan, MCC memaklumkan program malam tadi adalah titik permulaan yang baik untuk mengangkat imej kraf tempatan ke peringkat antarabangsa.

Program itu juga adalah satu usaha untuk membantu memulihkan dan menyemarakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia amnya.

  • Created on .
  • Hits: 254

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024