USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: RAJA MUDA PERLIS TONTON THEATRICAL CONCERT – MALAM P.RAMLEE: CINTA & LAGUNYA

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/raja-muda-perlis-tonton-theatrical-concert-malam-p-ramlee-cinta-lagunya/

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan Penang Exchange 2022: Theatrical Concert - Malam P.Ramlee : Cinta & Lagunya di USM malam semalam.
 
Oleh MEDIA MULIA
1 Oktober 2022, 5:25 pm

GEORGE TOWN: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan Penang Exchange 2022: Theatrical Concert – Malam P.Ramlee : Cinta & Lagunya yang dipersembahkan oleh selebriti Arja Lee dan Farhan Azizan malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua diiringi anakanda-anakanda, Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana disambut oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Azlinda Azman dan Presiden Pertubuhan Kraf Malaysia yang dikenali sebagai Malaysia Craft Council (MCC), Nik Faiz Nik M. Amin.

Program yang dianjurkan di Dewan Budaya USM Pulau Pinang dan MCC turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Toh Puan Khadijah Mohd Nor.

MCC adalah sebuah pertubuhan yang bertujuan untuk memelihara serta memperkasakan industri kraf di Malaysia.

Ia juga mengetengahkan industri seni kraf Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui beberapa pendekatan yang diusahakan oleh ahli pertubuhan yang kebanyakannya merupakan para penggiat kraf tempatan.

Program tersebut turut mendapat kerjasama British Council, Japan Foundation, dan Kedutaan Amerika Syarikat.

MCC melihat ia sebagai titik permulaan untuk mengangkat imej kraf tempatan ke peringkat antarabangsa.

Program itu juga adalah satu usaha untuk membantu memulihkan dan menyemarakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia. 

- Sumber daripada utusan.com.my

  • Created on .
  • Hits: 294

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024