USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: WCIT 2022: ANGKASA-X, USM, SPUTNIX JALIN KERJASAMA, PACU INDUSTRI AEROANGKASA

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wcit-2022-angkasax-usm-sputnix-jalin-kerjasama-pacu-industri-aeroangkasa-380980

Harits Asyraf Hasnan
September 14, 2022 16:17 MYT
WCIT 2022: Angkasa-X, USM, Sputnix jalin kerjasama, pacu industri aeroangkasa
Menurut Pengarah Eksekutif Angkasa-X, William Lim (tengah) kerjasama itu merupakan usaha untuk melahirkan lebih ramai jurutera satelit menjelang tahun hadapan. - Foto Astro AWANI

BAYAN BARU: Industri aeroangkasa Malaysia mengorak satu lagi langkah ke hadapan apabila syarikat rangkuman sosial teknologi, Angkasa-X menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sputnix, sebuah syarikat aeroangkasa Rusia.

Menurut Pengarah Eksekutif Angkasa-X, William Lim kerjasama itu merupakan usaha untuk melahirkan lebih ramai jurutera satelit menjelang tahun hadapan.

“Untuk mendokong misi dan inisiatif Angkasa-X bagi mewujudkan satelit orbit bumi rendah (LEO) yang bertujuan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, USM telah memajakkan tanah seluas dua ekar kepada Angkasa-X untuk membangunkan stesen lapangan penerimaan dan transmisi satelit dikenali sebagai Angkasa-X Station.

“Ia kini sedang dibina dan ia dijangka siap pada penghujung tahun ini,” katanya padan sidang media di sini hari ini.

Majlis pertukaran surat persetujuan antara tiga pihak itu berlangsung seiring Kongres Teknologi dan Inovasi (WCIT) 2022 di sini pada Rabu.

Menerusi kerjasama itu, Angkasa-X akan melabur dalam menyediakan kemudahan latihan yang menyediakan pelbagai teknologi, peralatan, latihan pendidikan, perisian kursus dan kos kejuruteraan satelit profesional.

Ini termasuk menubuhkan makmal untuk pemasangan, penyepaduan dan ujian satelit (AIT), yang dikenali sebagai Pusat Teknologi Angkasa-X yang sedang dalam pembinaan di mana ia akan memudahkan pemasangan enam Satelit Nano 6U.

- Sumber daripada astroawani.com

 

  • Created on .
  • Hits: 295

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024