USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: PROMOSI ENAM BUKU RM20

https://www.sinarharian.com.my/article/218899/berita/nasional/promosi-enam-buku-rm20

Oleh MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
30 Ogos 2022 08:20am
 
Hujan di sebelah petang tidak halang orang ramai untuk terus mengunjungi Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang berlangsung sehingga 4 September ini. Hujan di sebelah petang tidak halang orang ramai untuk terus mengunjungi Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang berlangsung sehingga 4 September ini.

SHAH ALAM - Promosi kombo enam buah buku pada harga RM20 menjadi tarikan utama buat suri rumah, Nursherina Ishak, 36, untuk berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di sini.

Menurutnya, tawaran promosi yang menarik itu membolehkan orang ramai mendapatkan buku pada harga yang lebih murah.

“Saya begitu teruja melihat harga buku dan novel yang sangat murah di Jualan Gudang Karangkraf. Jadi, kedatangan saya ke sini amat berbaloi kerana kalau beli di kedai buku, harganya jauh lebih mahal.

“Saya penggemar novel dan sudah mempunyai koleksi seperti Buatmu Kasih karya Aisya Sofea dan Fiksyen 302 hasil tulisan Ramlee Awang Mursyid.

“Pada jualan gudang kali ini, saya membeli beberapa buku baharu terbitan Karangkraf seperti Dendam Ratu Ular dan Indera Bumi,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Jualan Gudang Karangkraf 2022 berlangsung dari 26 Ogos hingga 4 September ini di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 dan merupakan kali kedua dianjurkan pada tahun ini.

Jualan gudang selama 10 hari itu bermula dari pukul 9 pagi hingga 7 malam dengan menawarkan pelbagai bahan bacaan pada harga serendah RM1 selain menawarkan diskaun sehingga 80 peratus.

Sementara itu, mahasiswa Universiti Sains Malaysia, Muhamad Hadri Mohd Faisal, 20, berkata, kunjungannya ke jualan gudang kali ini bagi melihat koleksi buku dan novel-novel baharu.

“Sebenarnya, koleksi bahan bacaan saya lebih kepada bahasa Inggeris. Tapi ada yang menyarankan untuk saya ke sini mendapatkan bahan bacaan bahasa Melayu.

“Sebelum ini, novel nukilan Ramlee Awang Mursyid terbitan Karangkraf antara koleksi terbaik yang saya pernah baca sebelum ini,” kata mahasiswa yang mengambil jurusan kejuruteraan kimia.

- Sumber daripada sinarharian.com.my

 

  • Created on .
  • Hits: 266

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024